Swift, Jonathan (16671745) ialah pengarang Inggeris yang menulis Gullivers Travels (1726), sebuah mahakarya kesusasteraan komedi. Swift dikenal penulis satira yang agung disebabkan oleh kebolehannya menyindir adat resam, idea dan tindakan yang dianggapnya bodoh atau membahayakan. Satiranya biasanya perit, tetapi amat melucukan dan menyenangkan. Swift memberi perhatian kepada kebajikan dan tingkah laku rakyat pada zamannya, khususnya kebajikan orang Ireland dan tindak tanduk orang Inggeris terhadap Ireland. Swift ialah paderi gereja Protestan yang menjadi wira di Ireland Roman Katolik. |