Tindak balas kimia ialah proses sesuatu bahan bertukar secara kimia menjadi bahan lain. Semua tindak balas kimia melibatkan pembentukan atau pemusnahan ikatan di antara atom. Tindak balas kimia termasuk pengaratan besi dan penghadaman makanan. Kebanyakan tindak balas kimia membebaskan haba. Misalnya, tindak balas kimia yang berlaku dalam penghadaman membebaskan/ mengeluarkan haba yang menjadikan badan kita panas dan berfungsi. |