Brown, Marcia Joan (1918 ) ialah ilustrator buku kanak-kanak Amerika. Dia merupakan pelukis pertama yang memenangi Caldecott Medal sebanyak tiga kali. Dia memenangi pingat itu pada tahun 1955 bagi Cinderella; or The Little Glass Slipper (1954); pada tahun 1962 bagi Once a Mouse (1961); dan pada tahun 1983 bagi Shadow (1982). Brown menerima Regina Medal pada tahun 1977. Dia mengilustrasi cerita pari-pari Hans Christian Anderson The Steadfast Tin Soldier (1953). Dia juga telah menyesuaikan dan mengilustrasi cerita rakyat seperti Dick Whittington and His Cat (1950), The Three Billy Goats Gruff (1957), dan Bun: A Tale from Russia (1972). Brown lahir di Rochester, New York, Amerika Syarikat. Dia menerima Laura Ingalls Wilder Award pada tahun 1992. |