Mont Pelée ialah gunung berapi yang aktif di bahagian hujung utara Martinique, di Hindia Barat Perancis. Ketinggiannya 1397 meter di atas aras laut. Mont Pelée meletup dengan kuat pada tahun 1902, selepas terpendam semenjak tahun 1851. Tanah lumpur dari letupan ini memusnahkan kawasan cerun gunung ini. Timbunan lahar setinggi 300 meter terbentuk di dalam kawahnya dan satu puncak menara batuan telah ditujah setinggi 300 meter. Satu runtuhan lahar merah, panas dan kepulan gas panas mengalir turun dan memusnahkan bandar Saint- Pierre yang lebih kurang 38 000 orang terbunuh. Hanya seorang banduan yang terperangkap di dalam bilik kurungan bawah tanah terselamat. Kini kerajaan Perancis mengendalikan sebuah balai cerap gunung berapi di atas Mont Pelée. |