Surah Fatir ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-35 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 45 ayat. Surah ini di namakan Fatir kerana disebut dalam satu ayat dalam surah ini. Ia adalah satu sifat yang menggambarkan keindahan dan keanggunan ciptaan Allah S.W.T. serta reka bentuk yang tiada tandingan. Malah secara tidak langsung menunjukkan keunggulan dan kehebatan kuasa Allah S.W.T. serta keelokan ciptaan alam-Nya. |