Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
BINTANG TETAP | | UMUM | |
JAWATANKUASA TETAP BAHASA MALAYSIA | JAWATANKUASA TETAP BAHASA MALAYSIA, badan bahasa yang berkuasa penuh dalam hal kebahasaan yang meliputi ejaan, istilah dan tatabahasa di Malaysia. Jawatankuasa tetap Bahasa Malaysia (JKTBM) ditubuhkan pada 23 Disember 1972 untuk melaksanakan penyataan bersama Malaysia-Indonesia yang ditandatangani pada 23 Mei 1972. | BAHASA | Institusi/Organisasi |
PULSAR | Pulsar ialah objek di angkasa yang menghantar letusan sinaran elektromagnet secara tetap, terutamanya dalam bentuk gelombang radio. Pulsar mendapat namanya daripada dedenyut yang dipancarkan secara tetap ini. | UMUM | |
SENDI | Sendi ialah tempat pertemuan dua atau lebih tulang dalam rangka tubuh. Tempat ini dikenali juga sebagai artikulasi . Sendi boleh jadi tetap atau boleh bergerak . Sendi tetap ialah kelim di antara tulang yang terletak bertentangan dengan sama satu lain, atau dipisahkan oleh satu lapisan nipis tisu penyambung. Apabila terhantuk atau kemalangan, sendi ini boleh menyerap secukup kejutan supaya tulang tidak patah. Sendi pada kranium (meliputi otak) adalah tetap dan melindungi otak. | UMUM | |
RITMA | Ritma ialah ulangan tetap pada rentak, aksen, atau turun naik dalam tarian, muzik, dan bahasa. Perkataan ini berasal daripada perkataan Yunani rhythmos , bermakna pergerakan berukur . | UMUM | |
TANDA ARAS | Tanda aras ialah titik tetap dan boleh dikenali yang terletak pada ketinggian yang diketahui. Tanda aras biasanya adalah tanda pada objek yang wujud, contohnya pada dinding bangunan. Dalam kes-kes lain, juruukur mungkin memacakkan tiang konkrit ke dalam tanah. Plat loyang di bahagian atas tiang menjadi tanda aras. | UMUM | |
SWAGMAN | Swagman ialah pekerja ladang yang tidak tetap bekerja di satu-satu tempat di Australia pada tahun 1800-an. Mereka membawa barang-barang mereka dalam karung yang dikenali sebagai swag, yang biasanya terdiri daripada sehelai bluey (selimut biru pengembara) yang digulung bersama pakaian ganti di dalam kain tarpal (yang boleh dijadikan hamparan). | UMUM | |
MABO, KOIKI | Mabo, Koiki (19371992) ialah penduduk tetap di kepulauan Torres Strait, Queensland, Australia, yang memperjuangkan hak milik tanah Orang Asli. Pada tahun 1982, dia bersama-sama empat orang penduduk lain telah mula memperjuangkan undang-undang untuk membolehkan mereka mempunyai hak memiliki tanah tradisi mereka itu. | UMUM | |
AHLI ZIMMAH | Ahli zimmah ialah orang bukan Islam yang tetap berpegang dengan agama mereka tetapi tinggal di dalam negara orang Islam berdasarkan perjanjian taat setia yang diadakan antara mereka dengan pemerintah Islam atau timbalannya. | UMUM | |
PENDULUM | Peranti yang terdiri daripada satu objek terampai dari satu titik tetap yang berayun ke belakang dan ke hadapan pada kadar biasa di bawah pengaruh graviti. | FIZIK | Alat/Alatan |