Ashath ibn Qays, al- ( ?40 H./ ?661 M.) ialah pemerintah di daerah Kindah pada zaman jahiliah dan awal Islam. Dia digelar al-Ashath kerana rambutnya yang tidak terurus. Dia menemui Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun ke-10 Hijrah bersama rombongan penunggang kuda yang terdiri daripada 70 orang penduduk Kindah. |