Sakarida ialah karbohidrat satu daripada tiga kelas utama makanan. Lemak dan protein membentuk dua kelas yang lain. Sakarida dikelaskan mengikut struktur kimianya. Monosakarida, yang mempunyai struktur paling ringkas, termasuk glukosa, iaitu gula yang didapati dalam darah. Tidak seperti sakarida lain, monosakarida tidak boleh terurai menjadi karbohidrat yang lebih ringkas apabila dirawat dengan asid cair atau melalui tindakan enzim tertentu. Disakarida , seperti sukrosa (gula meja), terdiri daripada dua molekul monosakarida yang disambungkan dengan satu atom oksigen. Polisakarida, seperti kanji dan selulosa, mungkin terdiri daripada beribu-ribu monosakarida yang bersambung. Untuk rajah molekul sakarida, lihat Karbohidrat. Lihat juga Kanji. |