Antraks ialah penyakit berjangkit yang teruk yang menjangkiti binatang ternakan. Penyakit ini dapat juga dihidap oleh manusia. Ia berpunca daripada sejenis bakteria, iaitu Bacillus anthracis. Pada manusia, penyakit ini lazimnya bermula sebagai pekung pada kulit. Tetapi kumannya dapat juga disedut melalui udara dan menjangkiti paru-paru. Manusia mendapat penyakit ini melalui pendedahan kepada haiwan yang dijangkiti atau produk haiwan. Orang yang biasanya dijangkiti penyakit ini ialah penjual daging, pengembala, orang yang terlibat dengan kerja memproses benang bulu biri, dan doktor haiwan. Peraturan yang menetapkan cara menangani produk binatang berjaya mengurangkan berlakunya antraks pada manusia. |