Semalu ialah pokok renek kecil yang merimbun, yang tumbuh di kawasan tropika di Hemisfera Barat. Ia dikenali sebagai semalu kerana anak daunnya tertutup apabila disentuh atau terdedah kepada wasap yang kuat. Pada masa yang sama, tangkai daunnya membengkok ke arah batang utama seolah-olah ia mengecut kerana disentuh. Semalu kadangkala ditanam di rumah hijau sebagai suatu kepelikan. Daun bagi banyak anggota famili kacang pis tertutup pada waktu malam. Pengelasan saintifik. Semalu tergolong dalam famili kacang pis, Leguminosae (Fabaceae). Ia adalah Mimosa pudica . Lihat juga Tumbuhan telegraf. |