Orrisroot ialah rizom (batang bawah tanah) iris tertentu yang dikeringkan dan berbau wangi. Ia digunakan untuk memberikan bau wangi violet kepada minyak wangi. Minyak harum yang diekstrak daripada orrisroot tidak begitu meluas digunakan sebagaimana pada satu masa dahulu, kerana harganya yang tinggi dan adanya pengganti sintetik. Tetapi ia masih digunakan dalam minyak wangi tertentu yang mahal harganya. Orrisroot berasal daripada tiga spesies Iris florentina, Iris germanica, dan Iris pallida. Ketiga-tiga iris ini ditanam dekat Verona dan Florence di Itali; dan Grasse, di Perancis. Rizomnya digali pada musim panas, dan dikeringkan dalam cahaya matahari. Ia mengeluarkan bahan berlilin yang mengandungi minyak yang berbau seperti violet dan digunakan dalam minyak wangi. Lihat juga Iris. |