Perang Anglo-Zulu berlaku di Afrika Selatan pada tahun 1879. Kebanyakan ahli sejarah bersetuju bahawa United Kingdom (UK), yang juga dikenali sebagai Britain, memulakan peperangan itu untuk menamatkan kemerdekaan orang Zulu (lihat Zulu ). Lord Carnarvon, setiausaha tanah jajahan British, ingin memusnahkan kuasa Zulu supaya UK boleh menggabungkan negeri-negeri Afrika Selatan yang terpisah-pisah itu ke dalam persekutuan yang kuat. |