Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
DON JUAN | Don Juan ialah wira legenda yang termasyhur dalam kesusasteraan. Legenda ini berasal dari Eropah pada Zaman Pertengahan. | UMUM | |
EXCALIBUR | Excalibur ialah pedang King Arthur, pemerintah British yang termasyhur pada Zaman Pertengahan. | UMUM | |
OVID | Ovid (43 S.M. 17 M.?) ialah penyair Rom yang termasyhur. Dia paling dikenali kerana puisi cintanya yang bersifat jenaka, pintar dan canggih. | UMUM | |
KELUARGA DIRAJA HABSBURG | Keluarga Diraja Habsburg ialah keluarga diraja Eropah yang termasyhur. Keturunan keluarga Habsburg (juga dieja Hapsburg) memerintah Empayar Rom Holy selama hampir 400 tahun. Anggota keluarga diraja ini menduduki takhta beberapa kerajaan di Eropah, kecuali selama beberapa tahun, dari tahun 1200-an hingga ke awal tahun 1900-an. | UMUM | |
ADAMSON, JOY | Adamson, Joy (19101980), pengarah dan pelukis, yang menjadi termasyhur kerana bukunya Born Free: A Lioness of Two Worlds (1960). Buku ini menceritakan bagaimana Adamson dan suaminya memelihara Elsa, anak singa yatim piatu, semasa mereka tinggal dan bertugas di Kenya, Afrika Timur. Pasangan Adamsons melatih Elsa memburu haiwan-haiwan lain untuk makanan supaya ia akhirnya dapat mencari makan sendiri dalam hutan. | UMUM | |
STUBBS, GEORGE | Stubbs, George (17241806), pelukis, pengukir dan ahli anatomi British yang termasyhur kerana lukisannya tentang kuda. Dia menulis dan mengukir ilustrasi bagi Anatomy of the Horse, yang diterbitkan pada tahun 1766. Stubbs lahir di Liverpool, England. Dia mempelajari dan kemudian mengajar anatomi di Hospital York, di Yorkshire. | UMUM | |
DEWEY, GEORGE | Dewey, George (18371917) ialah pegawai tentera laut Amerika yang termasyhur sebagai hero Manila dalam Perang AmerikaSepanyol (1898). | UMUM | |
RIPLEY, ROBERT LEROY | Ripley, Robert LeRoy (18931949) ialah pelukis kartun Amerika Syarikat yang termasyhur di seluruh dunia dengan panel kartunnya yang dikenali sebagai Believe It or Not. Panel ini mengesahkan keanehan dan faktor yang ganjil dalam peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. Di puncak kepopularannya, jumlah pembaca Believe It or Not dalam akhbar harian dianggarkan 80 juta orang. Rencana itu juga mengandungi bahan untuk syarahan, serta kehadiran Ripley sendiri dalam pertunjukan di radio dan televisyen, buku, filem, dan muzium. | UMUM | |
DIOR, CHRISTIAN | Dior, Christian (19051957), dianggap salah seorang pereka fesyen Perancis yang termasyhur pada tahun 1900-an. | UMUM | |
DANTE ALIGHIERI | Dante Alighieri (12651321) ialah pengarang Itali dan salah seorang penyair yang termasyhur pada Zaman Pertengahan. Puisi epiknya The Divine Comedy tergolong sebagai puisi yang paling bermutu dalam dunia kesusasteraan. | UMUM | |
|
|