Katapleksi ialah satu keadaan yang melibatkan kehilangan sementara keadaan normal otot secara tiba-tiba. Ia selalunya disebabkan oleh keadaan emosi yang keterlaluan terutamanya ketawa, marah, dan keterujaan. Serangan katapleksi ini berbeza kadar dan lamanya. Serangan yang sederhana boleh menyebabkan lemah pada lutut, atau rahang ternganga, atau kepala terlentok. |