Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MENOPAUS | Menopaus ialah masa dalam kehidupan wanita apabila tempoh haidnya terhenti. Kebanyakan wanita mengalami tempoh haid yang terakhir antara usia 45 tahun hingga 55 tahun. Tempoh haid yang terakhir menandakan berakhirnya tempoh melahirkan anak semula jadi pada wanita. Menopaus sering dikenali sebagai perubahan hidup. | UMUM | |
ASFIKSIA | Asfiksia ialah keadaan pengsan yang terjadi apabila paru-paru tidak menyediakan oksigen yang secukupnya kepada darah. Asfiksia timbul jika pernafasan terhenti atau terhalang. Darah membawa oksigen dari paru-paru ke sel tisu di seluruh tubuh. Sel-sel ini mesti mendapat oksigen untuk hidup. Jika darah tidak lagi menerima oksigen yang secukupnya dari paru-paru, maka sel-sel itu mula mengurai dan akhirnya mati. | UMUM | |
PERNAFASAN BANTUAN | Pernafasan bantuan ialah langkah yang digunakan untuk menyelamatkan nyawa dengan memaksa udara masuk ke dalam paru-paru dan keluar dari paru-paru orang yang terhenti bernafas. | UMUM | |
PERTOLONGAN CEMAS | Pertolongan cemas ialah rawatan serta-merta yang diberi kepada mangsa yang mengalami kemalangan, sakit yang mendadak, atau lain-lain kecemasan perubatan. Pertolongan cemas yang betul dapat menyelamatkan nyawa mangsa, lebih-lebih lagi jika mangsa itu mengalami pendarahan yang banyak, terhenti pernafasannya, atau terkena racun. Pertolongan cemas juga boleh mencegah masalah perubatan yang selanjutnya yang terhasil daripada kecederaan atau sakit. | UMUM | |
RESUSITASI KARDIOPULMONARI | Resusitasi kardiopulmonari (CPR-Cardiopulmonary Resuscitation) ialah prosedur pertolongan cemas yang digunakan untuk memulihkan pernafasan dan pengaliran darah seseorang. CPR biasanya diberi kepada mangsa serangan jantung yang teruk atau mangsa kemalangan yang serius. Untuk membolehkan mangsa terus hidup, penyelamat mesti memulakan CPR dalam masa empat minit selepas pernafasan dan denyutan jantung mangsa terhenti. Hanya mereka yang betul-betul terlatih melaksanakan CPR patut melakukan prosedur ini. | UMUM | |
NOORDIN HASSAN, DATUK | Noordin Hassan, Datuk (1929 ), penulis dan Sasterawan Negara Malaysia yang ketujuh (1993) . Dia lahir pada 18 Januari 1929 di Sungai Pinang, Pulau Pinang. Dia menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Perak Road , Francis Light School, dan Sekolah Agama Masjid Rawana, Pulau Pinang. Persekolahannya terhenti semasa pedudukan Jepun, dan apabila British kembali memerintah Tanah Melayu, dia menyambung kembali pelajarannya di Penang Free School sehingga lulus Sijil Persekolahan. Pada tahun 1951, dia melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan di Kirby College, Liverpool, England . | UMUM | |
SEKAT WAP | Sekat wap atau sekat stim berlaku dalam enjin petrol apabila sebahagian daripada petrol mendidih dalam sistem bekalan bahan api. Enjin yang panas berlebihan boleh menyebabkan pendidihan, atau pengewapan , bahan api. Ini mengurangkan amaun minyak yang dipam ke enjin, kerana wap (stim) mengambil lebih banyak ruang daripada cecair. Enjin tidak berjalan dengan betul, atau terhenti sehingga petrol yang diwapkan menyejuk dan bertukar menjadi cecair. Sekat wap paling kerap berlaku semasa pendakian yang lama, curam pada hari panas, atau apabila memperlahankan kereta dengan tiba-tiba selepas dipandu dengan teruk. | UMUM | |
SAUDI PERTAMA, KERAJAAN | Saudi Pertama, Kerajaan bermula pada tahun 1157 H. bersamaan 1744 M. dan berakhir pada tahun 1233 H. bersamaan 1818 M. hasil daripada termeterainya perjanjian damai dengan Ibrahim Basya. Keluarga Saud dinasabkan kepada datuk mereka, iaitu Saud ibn Muhammad ibn Muqrin ibn Murkhan ibn Ibrahim ibn Musa ibn Rabiah ibn Mani ibn Rabiah al-Muridiy, iaitu Nasab yang diyakini benar. Nasab mereka terhenti kepada Bakar ibn Wail dari Kabilah Adnan yang tulen. | UMUM | |
MANSUR SAMIN | MANSUR SAMIN (1930 - ), wartawan dan penulis Indonesia. Dia lahir pada 29 April 1930 di Batangtoru, Tapanuli Selatan, Indonesia. Mansur Samin lulus Verfolkschool (SD) pada tahun 1942. Pelajarannya terhenti apabila Jepun menduduki Indonesia. Pada masa Jepun itulah Mansur Samin menyaksikan kekejaman Jepun terhadap bangsanya. Semua pengalaman pahit itu mempengaruhi hidupnya. Sewaktu tentera Jepun menyerah kalah, Mansur Samin memasuki perbarisan pemuda yang dinamakan Pelopor dan turut merebut senjata daripada tentera Jepun. Dari tahun 1948 hingga tahun 1949, Mansur Samin memasuki Gerila Sabilillah, Tapanuli Selatan. Dia turut bertempur di Front Angkola Joe, Sipirok dan Padang Bolak. | SASTERA | Tokoh |
KESEIMBANGAN KIMIA | Keseimbangan kimia ialah keadaan seimbang yang tercapai apabila tindak balas kimia kelihatan terhenti. Tindak balas ini biasanya ditunjukkan dengan menulis persamaan kimia yang mempunyai dua anak panah.
©Hak Cipta Terpelihara 2008 - 2017
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab
bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang
diperoleh dari laman ini.
| |