Sendi ialah tempat pertemuan dua atau lebih tulang dalam rangka tubuh. Tempat ini dikenali juga sebagai artikulasi . Sendi boleh jadi tetap atau boleh bergerak . Sendi tetap ialah kelim di antara tulang yang terletak bertentangan dengan sama satu lain, atau dipisahkan oleh satu lapisan nipis tisu penyambung. Apabila terhantuk atau kemalangan, sendi ini boleh menyerap secukup kejutan supaya tulang tidak patah. Sendi pada kranium (meliputi otak) adalah tetap dan melindungi otak. |