Melempar tukul besi ialah acara sukan di mana atlet melempar tukul (bola logam) sejauh yang terdaya. Tukul yang digunakan seberat 16 paun (7.257 kilogram). Pelempar memegang pemegang yang disambung pada tukul dengan dawai keluli sepanjang tidak lebih daripada empat kaki (1.2 meter). Atlet melempar tukul dari dalam satu bulatan bergaris pusat tujuh kaki (2.1 meter). |