Perang Dingin ialah istilah yang digunakan bagi memerihalkan persaingan hebat yang tercetus selepas Perang Dunia II pada tahun 1945 antara kumpulan negara komunis dengan negara bukan komunis. Pada satu pihak terdapat Kesatuan Republik Sosialis Soviet (K.R.S.S.) dengan sekutu komunisnya yang sering dirujuk sebagai Blok Timur . Di sebelah pihak yang lain pula ialah Amerika Syarikat dengan sekutu demokrasinya yang biasanya dirujuk sebagai Blok Barat . Pergelutan kuasa tersebut dinamakan Perang Dingin kerana ia tidak membawa kepada peperangan sebenar atau perang panas pada skala yang luas. |