Sawi putih ialah sayur bak kubis yang telah ditanam di negara China sejak tahun 400-an M. Ia mempunyai daun yang lebar dan tebal yang membentuk kepala yang panjang dan berbentuk silinder. Sesetengah jenis, seperti pak choi mempunyai kepala yang tercerai dan terbuka. Yang lainnya, seperti michihli dan wong bak mempunyai kepala yang lebih padat. |