Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SENI BINA ISLAM | Seni bina Islam adalah salah satu bidang penting yang dikuasai oleh umat Islam. Ini terbukti dengan keupayaan para arkitek Islam membina pelbagai jenis bangunan yang mempunyai ciri-ciri keagamaan dan ilmiah seperti masjid, sekolah dan pondok. Contoh seni bina bercorak moden termasuk istana, rumah, hotel, pejabat kerajaan, agensi, hospital, air pancut dan jambatan; serta bangunan yang mempunyai ciri pertahanan seperti kota, kubu, tembok, pintu gerbang dan kem tentera. Setiap binaan mempunyai ciri dan peranannya yang tersendiri. Reka bentuknya berbeza berdasarkan masa dan keadaan setempat. | UMUM | |
SULFONAMIDA | Sulfonamida ialah sebarang kumpulan sebatian antibakteria yang berkait secara kimia. Sulfonamida merupakan ubat pertama yang terbukti selamat dan berkesan bagi menentang banyak jangkitan bakteria biasa. Sulfonamida memainkan peranan utama dalam merawat antibakteria dari akhir tahun 1930-an hingga pertengahan tahun 1940-an, apabila penisilin dapat diperoleh dengan banyaknya. Bilangan kematian yang disebabkan banyak penyakit berjangkit menurun dengan mendadak disebabkan penemuan sulfonamida. Ubat-ubatan tersebut membantu menyelamatkan banyak nyawa semasa Perang Dunia II (19391945). Kini, para doktor menyarankan penggunaan sulfonamida, khususnya untuk merawat jangkitan salur kencing. | UMUM | |
LETRIL | Letril ialah sejenis dadah yang dipertikaikan kegunaannya untuk merawat kanser. Kebanyakan pakar kanser menentang penggunaan letril kerana ia tidak terbukti berkesan dalam rawatan kanser. Namun begitu, mereka yang menyokong penggunaan letril mendakwa bahawa ia telah menghentikan kanser, malah memulihkan ramai penyakit kanser. | UMUM | |
KLORAMFENIKOL | Kloramfenikol ialah sejenis antibiotik yang pada suatu masa dahulu digunakan untuk merawat banyak jenis penyakit berjangkit. Ia terbukti sebagai penyelamat bagi jangkitan yang serius seperti meningitis, demam kepialu, demam paratifoid, dan tifus. | UMUM | |
MAHKAMAH TENTERA | Mahkamah tentera memutuskan kes perundangan yang berkaitan dengan anggota perkhidmatan bersenjata dan orang awam yang bekerja di pangkalan tentera. Mahkamah tentera mengikut kaedah perundangan yang biasa. Contohnya, banduan-banduan dianggap tidak bersalah sehingga terbukti kesalahannya secara terperinci dan diberi butir-butir pertuduhan terhadap mereka. Dalam kes yang lebih berat, banduan-banduan diberi peguam bela yang terlatih (biasanya tanpa dikenakan sebarang bayaran) dan diberi setiap kesempatan untuk menyediakan kes mereka sendiri. | UMUM | |
SIKLOSPORIN | Siklosporin ialah sejenis ubat yang digunakan untuk menentang penolakan tubuh terhadap tisu atau organ yang dipindahkan. Ubat ini dihasilkan oleh kultur fungus, Tolypocladium inflatum. Ahli imunologi Switzerland, Jean Borel telah menemui khasiat perubatan dalam siklosporin pada tahun 1972. Ubat ini telah terbukti berkesan dalam pembedahan pemindahan jantung, hati, pankreas, tulang sumsum, buah pinggang, dan juga paru-paru. Penggunaan siklosporin dapat menurunkan kekerapan berlakunya kerumitan dan kematian akibat pembedahan tersebut. | UMUM | |
TERAPI KELATION | Terapi kelation ialah rawatan perubatan yang melibatkan penggunaan ubat untuk menghilangkan ion logam daripada badan. Ubat jenis chelate (bersebati kuat) dengan ion logam menjadikannya bahan terlarut yang dikeluarkan melalui air kencing. Penggunaan terapi kelation yang paling terkenal adalah di dalam merawat arteriosklerosis (pengerasan arteri). Walaupun begitu, penggunaan terapi kelation ini menjadi isu yang amat kontroversi. Terapi kelation terbukti berkesan dalam merawat beberapa keadaan agak luar biasa, termasuk keracunan oleh logam seperti raksa dan plumbum. | UMUM | |
RANAU | RANAU, daerah di Residensi Pantai Barat Sabah. Ranau dalam bahasa Dusun bererti tanah sawah yang sentiasa basah. Keluasan Ranau ialah 2 977 km persegi. Pekan Ranau terletak di pinggir sebuah sungai dan tanah pamah yang luas, setinggi 914.4 m dari paras laut. Sesetengah orang percaya bahawa di Ranau terdapat sebuah gunung berapi. Ini terbukti dengan adanya mata air panas di Poring, lebih kurang 24 km dari Ranau. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
ISLAM DI SEMENANJUNG MALAYSIA | ISLAM DI SEMENANJUNG MALAYSIA, perkembangan agam Islam di Semenanjung Malaysia yang bermula pada abad ke-12. Islam di Semenanjung Malaysia tidak terpisah daripada perkembangan Islam di Alam Melayu baik dari segi sejarah mahupun gerakannya. Bukti kedatangan Islam di Sumatera Utara sejak tahun 1113 melalui mubaligh Abdullah Arif seperti mana yang tercatat dalam Hikayat Aceh, merupakan rentetan kedatangan Islam ke Pasai pada tahun 1292. Sumber China pula mencatakan dua utusan Pasai bernama Hassan dan Sulaiman yang bertaraf menteri beragama Islam dihantar ke negeri China. Rentetan seterusnya membuktikan Islam di Semenanjung Malaysia berlaku sebelum tahun 1303 (702 H.) sebagaimana terbukti pada Batu Bersurat Terengganu dan beberapa tempat yang lain di Alam Melayu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
YUSUF ISHAK, TUN | YUSUF ISHAK, Tun, (1910-1970), Presiden Republik Singapura yang pertama (1965-1970). Dia lahir pada 12 Ogos 1910 di Padang Gajah, Trong, Perak. Dia mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu di Perak sebelum memasuki Victoria Bridge School, Singapura. Yusuf lulus Sijil Cambridge dengan keputusan yang cemerlang pada tahun 1927. Dengan keputusan itu, dia diberi peluang meneruskan pelajarannya selama dua tahun di Raffles Institution Special Class, Singapura. Sejak di bangku sekolah, Yusuf seorang pelajar yang aktif dan sentiasa menjalankan apa saja tugas yang diberikan kepadanya. Hal ini terbukti apabila dia dilantik sebagai seorang pengawas di sekolahnya. Selain itu, dia juga pernah menganggotai pasukan kadet dan merupakan pelajar yang pertama di Singapura pernah dilantik sebagai leftenan muda. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbukti |
|
|