Pasteur, Louis (18221895), ahli sains Perancis, memberi sumbangan yang besar kepada ilmu kimia, perubatan, dan industri yang memberi banyak manfaat kepada manusia. Penemuannya bahawa penyakit disebarkan oleh bakteria telah menyelamatkan nyawa yang tidak terbilang banyaknya. Pasteur merupakan ahli sains teori yang agung dan yang menerapkan penemuan asasnya kepada masalah praktik yang penting baik dalam bidang industri mahupun dalam bidang perubatan. |