Speke, John Hanning (18271864) ialah penjelajah British yang menjelajah ke beberapa tempat di bahagian timur Afrika. Pada tahun 1858, Speke bersama-sama Sir Robert Burton menjadi orang Eropah pertama sampai ke Tasik Tanganyika. Ketika Burton terbaring sakit, Speke menemui Tasik Victoria dan mengagak bahawa ia Punca Sungai Nil. Speke mengesahkan teorinya semasa ekspedisi terakhirnya pada tahun 1864. |