MOHD. DESA PACHI, DATO' | MOHD. DESA PACHI, Dato (1934- ), ahli korporat, Ketua Eksekutif PNB pertama (1978). Dia lahir pada 28 April 1934 di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Mohd. Desa memulakan pendidikan rendahnya di sekolah Melayu pada tahun 1941. Pengajiannya terbantut kerana Perang Dunia Kedua. Selepas perang, dia menyambung pelajarannya selama lebih kurang setahun. Dia kemudian belajar di Francis Light School , Pulau Pinang dari tahun 1947 hingga tahun 1949. Dari tahun 1950 hingga tahun 1953, dia menerima pendidikan menengah di Penang Free School dan mencipta sejarah apabila dia adalah satu-satunya pelajar Melayu yang lulus peperiksaan Senior Cambridge dengan gred satu bagi seluruh Pulau Pinang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |