Outriger ialah sama ada dua jenis perahu atau dua jenis peranti perahu. Outriger ialah perahu yang dayungnya dilekapkan pada outriger (pendakap) yang terjojol dari bahagian tepi bot. Pendakap yang dinamakan outriger menopang dayung. Pendakap membantu meningkatkan penuilan perahu yang menggunakan dayung. Di negara-negara sekitar Lautan Hindi dan Pasifik, outriger ialah kanu dengan sebatang pelampung yang dilekatkan pada kerangka yang menganjur dari satu sisi. Tambahan pelampung ini dinamakan outriger . Pelampung ini merupakan pengimbang dan mengelakkan kanu itu daripada terbalik. Kanu yang mempunyai pelampung pada kedua-dua sisinya dinamakan outriger kembar. |