Keller, Helen Adams (18801968) ialah penulis Amerika dan aktivis bagi golongan kurang upaya. Dia menjadi contoh terbaik bagi seseorang yang berjaya dalam usaha mengatasi kecacatan fizikal. Dia lahir di Tuscumbia, Alabama. Semasa berumur dua tahun, sejenis penyakit yang serius telah merosakkan penglihatan dan pendengarannya. Oleh itu, dia tidak boleh bercakap dan terus terasing dari dunia luar. Namun begitu, dia bangkit daripada kekurangan itu hingga menjadi terkenal pada peringkat antarabangsa dalam usahanya membantu golongan kurang upaya menikmati hidup yang lebih bermakna. |