Big Ben ialah loceng besar di menara jam Bangunan Parlimen di London. Big Ben beratnya 12 tan metrik. Diameternya 2.7 meter dan tingginya 2.3 meter. Big Ben mula bergema pada tahun 1859. Menjelang malam Tahun Baru 1923, loceng ini buat pertama kali didengari di radio, dan menjelang Tahun Baru 1949, loceng ini dan menara loceng yang terang-benderang muncul di kaca televisyen. Ia dipasang semasa Sir Benjamin Hall yang tinggi lagi gempal menjadi pesuruhjaya kerja raya. Benjamin digelar Big Ben dan anggota Parlimen menamakan loceng Big Ben sempena namanya. |