Peratusan merujuk kepada pengiraan yang melibatkan perseratus. Anda tentu biasa melihat nombor-nombor seperti 2%, 30% dan 75%. Simbol % tersebut bermakna peratus. Anda juga mungkin terbaca 2 peratus, 30 peratus, 75 peratus, dan sebagainya. Peratus bermakna per seratus. 2% bermakna 2 per seratus, 30% bermakna 30 per seratus, dan 75% bermakna 75 per seratus. Peratus sebenarnya ialah pecahan biasa : 2% ialah 2/100, 30% ialah 30/100, dan 75% ialah 75/100 . Peratus juga ialah pecahan perpuluhan : 2% bersamaan 0.02, 30% bersamaan 0.30, dan 75% bersamaan 0.75. |