Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
KELANG | Kelang, bandar dan daerah di negeri Selangor. Sejarah perkembangan penempatan Kelang dapat dikesan pada abad ke-15 dan abad ke-16, iaitu pada zaman Kesultanan Melaka. Tun Perak dilantik sebagai penghulu untuk mentadbir Kelang. Meskipun begitu, Kelang telah ada seorang ketua tempatan yang dikenal dengan nama Tuk Engku Kelang, iaitu satu jawatan tradisi yang sudah pun ada sebelum kemunculan kuasa Bugis di Selangor. | UMUM | |
PERIKATAN MELAYU PERAK | PERIKATAN MELAYU PERAK, pertubuhan politik. Perikatan Melayu Perak atau Perak Malays League ditubuhkan pada 27 Januari 1946 di Ipoh, Perak. Sebelum itu telah ada Persatuan Melayu Perak yang lebih bersifat sosioekonomi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
PERANAKAN | PERANAKAN, keturunan daripada hasil perkahwinan antara orang tempatan dengan orang asing. Masyarakat Peranakan dirujuk kepada orang Serani, kaum Baba Peranakan, kaum Ceti dan golongan Jawi Peranakan. Golongan ini dipercayai telah ada semenjak abad ke-15 dan abad ke-16. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bangsa/Suku/Kaum |
DATO' BANDAR SUNGAI UJONG | DATO BANDAR SUNGAI UJONG, gelaran pembesar yang diwujudkan oleh Sultan Abdul Jalil III, Sultan Johor, semasa Sungai Ujong berada di bawah takluk Johor, bermula pada tahun 1715. Dato Bandar mempunyai kuasa memungut hasil, cukai perniagaan dan perkapalan sepanjang Sungai Linggi. Kekayaan Dato Bandar meletakkannya setaraf dengan kedudukan Dato Kelana Sungai Ujong. Manakala Syahbandar, pembesar ketiga di Sungai Ujong pula telah ada pada zaman Kesultanan Melaka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |
AUROCHS | Aurochs, juga dikenali sebagai urus , nama sejenis lembu liar yang telah pupus. Lembu jinak yang ada sekarang berasal daripada auroch. Lebih kurang 10 000 tahun dahulu, auroch dapat ditemui di seluruh Eropah, Asia, dan Afrika Utara. | UMUM | |
KEM TAHANAN | Kem tahanan ialah tempat musuh politik, sama ada musuh benar atau yang dituduh, dipenjara, biasanya tanpa dibicarakan. Istilah ini mula-mula digunakan oleh Great Britain sebagai penjara tahanan Perang Boer, di Afrika kira-kira pada tahun 1900. Polis rahsia Soviet pula telah memenjarakan berjuta-juta orang di kem buruh selepas tahun 1928, iaitu semasa pemerintahan kuku besi Joseph Stalin. Semasa Perang Dunia II (19391945), kerajaan Amerika Syarikat dan Kanada menahan beribu-ribu orang keturunan Jepun di kem (lihat Perang Dunia II). Kem tahanan yang terkenal ialah kem yang dibina oleh Nazi di Jerman. | UMUM | |
BAHASA MELAYU PADA PRASASTI | BAHASA MELAYU PADA PRASASTI, bahasa Melayu yang ada pada tulisan kuno yang biasanya dipahatkan atau digoreskan pada batu, logam, tembikar atau bahan yang lain. Beberapa banyak prasasti berbahasa Melayu telah ditemui di Pulau Sumatera, Pulau Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, Filipina, Kalimantan dan di tanah besar Asia Tenggara. | BAHASA | Konsep |
SYEIKH | Syeikh ialah gelaran Arab yang merujuk sama ada kepada seorang lelaki tua dan dihormati atau kepada ketua sesuatu puak atau kampung. Kadangkala seorang syeikh itu merupakan seorang pemimpin agama. Hanya orang Islam sahaja yang menggunakan gelaran syeikh. Kuasa seorang syeikh biasanya bergantung pada kebebasannya bertindak dan keperibadiannya. Banyak lagu dan cerita telah menggambarkan syeikh sebagai seorang tokoh yang romantis. | UMUM | |
ACONCAGUA | Aconcagua ialah gunung berapi mati dan gunung yang paling tinggi di Hemisfera Barat. Tingginya 6959 meter, dan terletak di barat tengah Argentina, dekat Chile. Pada zaman dahulu, Aconcagua mungkin 300 meter lebih tinggi daripada sekarang. Tetapi bahagian atasnya telah runtuh dan tidak ada lagi kesan kawahnya. | UMUM | |
PUAK | Puak ialah istilah yang digunakan untuk menyatakan kumpulan sosial manusia tertentu. Kebanyakan sarjana tidak menyukai akan istilah ini kerana ia tidak mempunyai erti yang tepat dan telah digunakan secara meluas kepada kumpulan yang amat berbeza. Tambahan pula, ada yang mengatakan perkataan puak itu menjijikkan dan tidak tepat. Kebanyakan orang lebih menggemari perkataan yang lebih neutral seperti kumpulan etnik, negara atau orang . | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| telah (kata tugas) | Bersinonim dengan sudah; | | Kata Terbitan : setelah, |
|
|