| Tajuk | 
    Sinopsis | 
    Bidang | 
    Klasifikasi | 
   
  | DAMASK | Damask ialah sejenis gentian fabrik yang teguh,  berkilat, yang boleh ditenun daripada sebarang  serat. Bentuk jalinannya yang rata boleh dilihat  pada kedua-dua belah fabrik ini. Damask asalnya  ialah serat sutera asli yang dihasilkan di China.  Para pedagang memperkenalkan fabrik ini ke  Eropah melalui Damascus, Syria.  | UMUM |  |  
  | MINYAK LINSID | Minyak linsid diperoleh daripada biji flaks. Ia adalah sejenis minyak pengering  iaitu, ia menyerap oksigen dari udara untuk membentuk satu lapisan teguh yang tahan pecah, serpih, dan tahan perubahan cuaca. Minyak linsid digunakan terutamanya dalam dakwat percetakan, cat, varnis, linoleum, dan lain-lain keluaran perindustrian. Di samping itu, ia kadangkala digunakan sebagai rawatan pelindung bagi konkrit.  | UMUM |  |  
  | KESUSASTERAAN SEPANYOL | Kesusasteraan Sepanyol ialah salah satu  daripada kesusasteraan yang paling kaya dan  pelbagai antara semua kesusasteraan Eropah.  Selain mempunyai keperibadian yang teguh,  penulis Sepanyol terdedah kepada kesusasteraan  tradisi Kebaratan Eropah serta tradisi Ketimuran  Afrika Utara. Hasilnya mereka melahirkan satu  kesusasteraan yang bersifat asli, kemas, realistik,  berwarna-warni, humor, dan berlirik.  | UMUM |  |  
  | SMEATON, JOHN | Smeaton, John (17241792) ialah jurutera British yang mereka bentuk rumah api Eddystone yang ketiga di pantai England. Dia mengabaikan nasihat para jurutera lain dan membina rumah api itu daripada blok batu yang ditanggam bersama. Rumah apinya teguh berdiri selama lebih 100 tahun sebelum dirobohkan. Smeaton juga mereka bentuk dan membina jambatan, kincir air, pelabuhan, terusan, sistem saliran, dan projek lain. Dia membuat pembaikan besar pada enjin stim ciptaan Newcomen. Dia orang pertama yang menggelar dirinya sebagai jurutera awam. Pada tahun 1771, dia menubuhkan Persatuan Jurutera Awam. Smeaton lahir di Austhorpe berhampiran Leeds, England.  | UMUM |  |  
  | KREWEL | Krewel, juga dikenali sebagai sulam krewel,   ialah sejenis sulaman yang dibuat dengan yan  bulu bebiri. Kebanyakan krewel mempunyai corak  yang dijahit pada kain kosong yang teguh.  | UMUM |  |  
  | ORWELL, GEORGE | Orwell, George ialah nama pena Eric Arthur Blair (19031950), penulis novel dan pengkritik sosial Inggeris. Orwell terkenal dengan novelnya  1984  , yang diterbitkan pada tahun 1949. Buku ini merupakan potret masyarakat totalitarian yang menakutkan yang menghukum percintaan, memusnahkan kebersendirian, dan menghancurkan kebenaran. Nada  1984  yang teguh membezakannya daripada karya Orwell yang berjudul  Animal Farm  (1945), iaitu cerita binatang yang mensatirakan kerajaan komunis Kesatuan Soviet di bawah pimpinan Stalin.  | UMUM |  |  
  | NABI ILIASA A.S. | Nabi Iliasa a.s. ialah salah seorang nabi  keturunan Bani Israel. Al-Quran mengkategorikan  Nabi Iliasa a.s. ke dalam kumpulan rasul-rasul yang  wajib diimani. Nabi Iliasa a.s. menyampaikan  dakwah setelah kewafatan Nabi Ilias a.s. Dakwah  Nabi Iliasa a.s. ialah beriman kepada Allah SWT  dan berpegang teguh kepada ajaran yang dibawa  oleh Nabi Ilias a.s. dan syariatnya.  | UMUM |  |  
  | NILON | Nilon ialah istilah umum bagi kumpulan barang keluaran sintetik (tiruan). Barang keluaran ini diperbuat daripada bahan kimia yang diperoleh daripada batu arang, air, udara, petroleum, keluaran sampingan pertanian, dan gas asli. Nilon adalah salah satu penemuan kimia yang paling penting. Ia merupakan bahan elastik yang teguh yang boleh dibentuk menjadi gentian, bulu, kepingan, rod, dan tiub. Ia juga boleh dibuat dalam bentuk serbuk bagi kegunaan dalam operasi yang menggunakan acuan.  | UMUM |  |  
  | TISU PENGHUBUNG | Tisu penghubung, menghubungkan organ badan dengan tisu, menetapkan organ di tempatnya, dan menyokong badan. Berbanding dengan lain-lain jenis tisu, tisu penghubung mempunyai beberapa sel dan banyak  bahan antara sel  (bahan di luar sel). Ahli sains membahagikan tisu penghubung kepada tiga kumpulan, mengikut kekerasan bahan antara sel, iaitu (1)  tisu penghubung sempurna  yang lembut, (2)  rawan  yang teguh, dan (3)  tulang  yang keras. Rencana ini akan membincangkan tisu penghubung sempurna. Untuk maklumat tentang lain-lain jenis tisu penghubung, lihat rencana  Ensiklopedia Dunia  tentang Rawan dan Tulang  .   | UMUM |  |  
  | BUFFALO LODGES | Buffalo Lodges mempunyai lebih 100 000 ahli  di Australia dan New Zealand. Matlamatnya ialah  untuk setia kepada pihak berkuasa perlembagaan  serta berpegang teguh kepada keadilan, kebenaran  dan kedermawanan.   | UMUM |  |  
 
				 
			 
		 
	 
                        
 
                    
                 | 
                
                    
    | Tesaurus | 
|---|
  |  | Tiada maklumat tesaurus untuk kata teguh; |  
  |  
  
   | Puisi | 
|---|
  |   
  Mastuli benang mastuli,      Anak patu dikasi makan;  Teguh-teguh memegang janji,      Seperti paku lantak di papan.
 
 
 
  Lihat selanjutnya... |  
  
   | Peribahasa | 
|---|
  |  615 There is strength in numbers Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian. Bersatu (kita) teguh, bercerai (kita) roboh*. We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed there is strength in numbers, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down. Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa bersatu teguh, bercerai roboh. Oleh itu kami beramai-ramai memulaukan daging ayam dengan harapan harganya akan turun. Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
 
  Lihat selanjutnya... |   
      
                 |