Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PERIKANAN | Perikanan ialah kawasan yang membekalkan banyak ikan untuk tujuan komersial. Perikanan pedalaman termasuk tasik, sungai dan penternakan ikan. Kebanyakan tangkapan ikan di dunia datang daripada perikanan laut. Spesies kod, ikan sebelah, hering, sardin dan tuna menyumbang kepada sebahagian besar sumber perikanan dunia yang terpenting di dunia. Banyak negara mengamalkan pengurusan perikanan untuk memulihara ikan. Terdapat peraturan yang mengehadkan saiz dan amaun ikan yang boleh ditangkap, dan juga musim penangkapan ikan. | UMUM | |
JERAT DAN PERANGKAP | JERAT DAN PERANGKAP, alat yang digunakan dalam kegiatan menangkap haiwan. Teknik tangkapan ini masih digunakan oleh masyarakat di kawasan pedalaman seperti Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan masyarakat peribumi di Sabah dan Sarawak seperti orang Penan, Iban dan lain-lain. | BUDAYA | Alat/Alatan |
SAMAN | Saman ialah perintah yang dihantar oleh seorang pegawai mahkamah. Saman memberitahu orang yang namanya tercatat dalam dokumen tersebut bahawa satu aduan telah dibuat, dan orang berkenaan mesti datang ke mahkamah untuk memberi keterangan. Surat saman mungkin digunakan untuk kesalahan jalan raya atau kesalahan kecil yang lain tanpa perlu dibuat tangkapan. Sekiranya orang yang disaman tidak hadir di mahkamah, maka mahkamah boleh memerintahkan orang tersebut ditangkap. | UMUM | |
SOBERS, SIR GARFIELD | Sobers, Sir Garfield (1936 ) ialah pemain kriket dari Hindia Barat, merupakan pemain serba boleh yang paling terkenal dalam sejarah permainan kriket. Dia seorang pemukul middleorder yang kidal dan pernah mencatat 8032 larian dalam kriket ujian, jauh lebih banyak daripada mana-mana pemain Hindia Barat yang lain. Dia juga seorang pemain kriket yang pertama dari mana-mana negara yang mengatasi jumlah 8000 larian. Sebagai seorang pembaling bola putar kidal, Sobers membaling sama ada secara sederhana deras atau perlahan. Dia melakukan 235 wiket dan membuat 109 tangkapan dalam kriket ujian. | UMUM | |
PERJANJIAN AM SEMPADAN TANAH MELAYU-THAILAND | PERJANJIAN AM SEMPADAN TANAH MELAYU-THAILAND (1949), perjanjian kerjasama antara pasukan polis Tanah Melayu dengan Thailand. Perjanjian yang ditandatangani pada 1 September 1949 ini dibuat bagi mengadakan kerjasama penuh di kawasan perbatasan kedua-dua negara antara pasukan polis masing-masing untuk menentang pengganas komunis. Beberapa syarat diadakan dalam perjanjian tersebut untuk menjalankan operasi menyeberang sempadan, tangkapan dan hal-hal lain. Tujuannya bagi memudahkan matlamat mengadakan kerjasama yang rapat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
PERIKANAN LAUT | PERIKANAN LAUT, aktiviti menangkap ikan di pesisiran pantai dan di laut dalam. Umumnya, perikanan laut menggunakan alat menangkap ikan seperti pancing, rawai, bubu, kelong, belat dan pukat. Anak ikan atau sotong digunakan sebagai umpan untuk pancing dan rawai. Antara ikan yang ditangkap termasuklah kurau, yu, talang, jenahak, alu-alu, pari, landuk, tenggiri, gerpoh dan senangin. Biasanya hasil tangkapan ini adalah untuk kegunaan sendiri atau dijual. | BUDAYA | Konsep |
|
|