Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia diterima oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 10 Disember 1948. Ia mengandungi tanggungjawab sivil, ekonomi, politik dan hak sosial serta kebebasan setiap manusia di dunia ini. Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia ini menyatakan bahawa semua manusia dilahirkan bebas dan mempunyai maruah dan hak yang sama. Pengenalannya menyatakan bahawa deklarasi ini dibuat berfungsi sebagai standard umum pencapaian untuk semua manusia dan semua negara. |