Nova merupakan letupan yang menyebabkan sebutir bintang menjadi terlalu cerah sehingga mencapai 10 000 hingga 100 000 kecerahan matahari. Bintang tersebut boleh bersinar secerah itu selama sebulan atau lebih lama sebelum beransur-ansur pudar kepada kecerahannya yang asal. Sesuatu nova menghamburkan jisim gas dan debu yang besar ke angkasa. Perkataan nova berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud baru. Manusia pernah tersalah tanggap kerana menyangka nova sebagai bintang baru. |