Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
TANDA BACA | Tanda baca ialah tanda-tanda tertentu yang digunakan dalam tulisan dan cetakan untuk menjelaskan maksud penulis. Tulisan awal dan cetakan awal mempunyai tanda untuk menunjukkan tanda baca. Tetapi tanda itu digunakan mengikut kehendak penulis dan mengikut tanda yang ada dalam mesin pencetak. Orang Yunani purba, misalnya, sering menggunakan koma bertitik untuk menggantikan tanda tanya moden. Percetakan dan tanda baca bertambah baik dengan pesat pada tahun 1400-an dan tahun 1500-an, khususnya di Itali. Dalam tempoh ini, Aldus Manutius, seorang pencetak dan penjilid buku Itali, mula menggunakan pelbagai tanda dengan lebih sistematik. Usahanya membentuk asas kepada tanda baca yang digunakan pada hari ini dalam banyak sistem bahasa bertulis. | UMUM | |
EPILEPSI | Epilepsi ialah salah satu daripada beberapa kecacatan fungsi otak dengan tanda-tanda seperti serangan yang mendadak dan berulangan. | UMUM | |
YELLOWLEGS | Yellowlegs ialah nama bagi dua jenis burung pesisir. Burung ini mempunyai tanda-tanda hitam dan putih dan kaki yang panjang berwarna kuning. Ia hidup di sepanjang pesisir dan rawang dalam penerbangannya ke utara pada musim bunga untuk bersarang di utara Amerika Utara. | UMUM | |
ILMU TILIK TAPAK TANGAN | Ilmu tilik tapak tangan ialah amalan meramalkan nasib dengan menilik garisan dan tanda-tanda pada tapak tangan manusia. Ilmu tilik tapak tangan, yang kadang-kadang dikenali sebagai chiromancy dalam bahasa Inggeris, mungkin bermula di India purba. | UMUM | Umum |
TANDA DIAKRITIK | Tanda diakritik ialah tanda yang digunakan pada huruf abjad untuk menunjukkan sebutan atau makna kata. Tanda diakritik adalah sebahagian daripada ejaan dalam banyak bahasa. Dalam bahasa Inggeris, sesetengah kata yang dipinjam daripada bahasa-bahasa lain menggunakan tanda diakritik, tetapi tanda diakritik digunakan terutamanya dalam kamus untuk menunjukkan sebutan kata. | UMUM | |
TANDA SERU | Tanda seru ialah tanda baca yang ditunjukkan sebagai ! di hujung ayat. Tanda seru menunjukkan perasaan berhubung dengan apa yang ditulis. Ia menjadi tanda isyarat kepada pembaca bahawa sesuatu ayat mengungkapkan perasaan yang mendalam. Tetapi biasanya ia adalah pengganti yang lemah bagi teknik penulisan yang sepatutnya digunakan oleh penulis yang baik untuk menyatakan emosi yang kuat. | UMUM | |
AYAT | Ayat ialah satu siri kata yang disusun menjadi unit yang bermakna. Ia bermula dengan huruf besar dan berakhir dengan tanda baca tanda titik, tanda tanya, atau tanda seru. Dalam bahasa Inggeris, ayat yang lengkap dari segi tatabahasanya terdiri daripada kumpulan kata yang bebas, yang mempunyai subjek dan predikat. Predikat mestilah termasuk kata kerja finitum . Kata kerja itu, berserta subjek, boleh membentuk ayat contohnya, The lightning flashed. | UMUM | |
SIPUT KON | Siput kon ialah satu daripada beberapa siput laut, yang dinamakan demikian kerana cangkerangnya berbentuk kon. Cangkerang banyak spesiesnya mempunyai tanda-tanda yang cantik. Kebanyakan spesies hidup di kawasan Indo-Pasifik dan di perairan di luar pantai utara Australia. | UMUM | |
TANDA TITIK BERTINDIH | Tanda titik bertindih ialah tanda baca yang ditunjukkan sebagai: Fungsi utamanya adalah untuk memisahkan pengenalan daripada apa yang diperkenalkan: senarai, petikan panjang, ilustrasi, atau penerangan. Tanda titik bertindih paling kerap digunakan apabila kata yang mendahuluinya membentuk ayat lengkap, seperti dalam ayat kedua rencana ini. Terdapat dua kekecualian. Tanda titik bertindih boleh digunakan untuk mengakhiri pembukaan surat perniagaan formal, dan ia boleh digunakan selepas tajuk utama sesuatu garis kasar. Lihat juga Tanda baca. | UMUM | |
SETTER IRELAND | Setter Ireland atau yang sering dikenali sebagai setter merah, ialah anjing yang menarik, yang bulunya berwarna merah keperangan. Bulunya berwarna merah atau merah dengan tanda-tanda putih pada dahi, dada dan kaki. Setter Ireland merah ialah setter yang biasa didapati. Di sesetengah negara, setter berbulu merah lebih disukai untuk pertunjukan anjing. Di Ireland, tempat asal baka setter Ireland, tiada warna kegemaran untuk pertunjukan anjing. | UMUM | |
|
Puisi |
---|
|
Hormat dulu diri sendiri, Itulah tanda orang yang mulia; Jangan dikejar gunung yang berlari, Hilang kabus nampaklah dia.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 115 So many countries, so many customs Lain negeri, lain pula cara, peraturan dan adat resam. Lain lubuk, lain ikannya. So many countries, so many customs. What is considered a friendly gesture in one country may be seen as impudent in a another. So, be careful. Lain lubuk, lain ikannya. Sesuatu yang dianggap sebagai tanda persahabatan di sebuah negara mungkin dianggap biadap di negara lain. Jadi, berhati-hatilah. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|