Albigens ialah sekumpulan orang yang dinamakan sempena nama Albi, sebuah bandar di selatan Perancis. Mereka ialah sebahagian daripada taifah yang dinamakan Cathari , yang berkembang pesat di beberapa bahagian di Perancis, Jerman, dan Itali pada tahun 1100-an dan 1200-an. Kumpulan Albigens percaya bahawa prinsip kebaikan dan kejahatan terus bertentangan dengan satu sama lain di dunia. |