Shaybaniy, Muhammad ibn al-Hasan al-  (131189 H. / 748804 M.), ahli fiqh dan ahli hadith.  Nama sebenarnya ialah Muhammad ibn al-  Hasan al-Shaybaniy. Dia juga seorang hafiz al-  Quran dan mempunyai gaya bacaan yang amat  menarik. Al-Shaybaniy memulakan pengajiannya  dengan mempelajari hadith, kemudian fiqh dengan  Abu Hanifah dan berguru pula kepada Abu Yusuf  selepas kematian Abu Hanifah. Dia turut  mendengar syarahan ilmu daripada para imam  besar seperti Imam Malik, Imam Syafii, Imam al-  Awzaiy dan Imam al-Thawriy. Khalifah Harun al-  Rasyid melantiknya sebagai kadi di al-Riqqah.  Kemudian al-Shaybaniy digugurkan daripada  jawatan itu, tetapi diminta oleh khalifah agar  sentiasa bersama-samanya di istana dan dia  menerima pelawaan itu. Muhammad ibn al-Hasan  amat mahir dalam fiqh mazhab Hanafi dan banyak  mengarang kitab yang menjadi rujukan  pertama dalam mazhab Hanafi. Antaranya  seperti al-Mabsut, al-Ziyadat, al-Jami  al-Saghir,   al-Jami  al-Kabir, al-Sayr al-Saghir, al-Sayr al-Kabir.   Di samping itu, dia  menulis kitab al-Athar dan  al-Radd  ala Ahl al-Madinah. Dia meninggal dunia  di sebuah kampung di Rayy.  |