Terowong Apennine ialah terowong kereta api
di landasan Florence-Bologna di Itali. Untuk lokasinya, lihat Itali (peta fizikal). Ia sepanjang 18.5 kilometer dan menjadikannya terowong kereta api terpanjang di dunia. Terowong ini dibina antara tahun 1920 hingga tahun 1934. Para pekerja terpaksa menghadapi pelbagai rintangan semasa melakukan kerja-kerja mengorek, termasuklah gas asli dan air. Bagi mempercepatkan kerja pembinaan dan pada masa yang sama, sebuah syaf diletakkan di tengah untuk membolehkan pekerja mengorek lubang dari bahagian tengah. |