Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SURAT-MENYURAT | Surat-menyurat ialah satu kaedah komunikasi bertulis. Orang menulis surat untuk urusan perniagaan dan untuk tujuan peribadi. Surat urus niaga umumnya lebih rasmi daripada surat peribadi. Surat urus niaga termasuk untuk tujuan memohon pekerjaan, surat bantahan, surat untuk jualan menjual barangan dan surat peringatan. Surat peribadi termasuk surat kiriman antara anggota keluarga atau sahabat, surat undangan, dan nota ucapan terima kasih. | UMUM | |
SURAT PATEN | Surat paten adalah surat terbuka tentang kebenaran kerajaan terhadap hak monopoli kepada pencipta. Raja boleh juga menggunakan surat paten untuk menganugerahkan kebangsawanan. Surat paten biasanya ditulis di atas velum (kertas kulit halus) dan ditandakan dengan cap pihak berkuasa yang mengeluarkannya. | UMUM | |
SAMPUL SURAT | Sampul surat ialah lipatan kertas yang digam. Ia berfungsi sebagai sampul untuk mengisi surat dan kertas lain yang ingin dipos, atau ia juga bertindak sebagai pelindung daripada kehilangan atau kerosakan. Sampul surat diperbuat daripada helaian kertas tunggal yang dilipat, oleh itu hanya satu sahaja penutup yang terbuka. Penutup ini digam supaya sampul surat boleh ditutup setelah surat atau kertas dimasukkan. Sampul surat yang berperekat sendiri menggunakan gam yang tidak perlu lagi dilembapkan untuk dilekatkan. Mesin yang pertama berjaya membuat sampul surat telah dipatenkan pada tahun 1849 oleh J.K. Park dan C.S. Watsen dari New York City. Pada tahun 1898, John Ames Sherman telah mematenkan mesin pencetak sampul surat yang telah banyak diperbaik, mengurangkan kos membuat sampul surat bergam. | UMUM | |
SURAT KUASA WAKIL | Surat kuasa wakil ialah dokumen undang-undang yang bertulis, biasanya dalam bentuk surat ikatan. Orang yang menandatangani surat tersebut melantik wakil atau peguam yang mempunyai kuasa bertindak bagi pihak yang menandatangani surat tersebut. | UMUM | |
SURAT IKATAN | Surat ikatan ialah dokumen bertulis berhubung dengan pemindahan hak milik harta. Surat ikatan mesti ditandatangani oleh pihak yang memindah hak milik. Dalam banyak kes, ia juga ditandatangani oleh pihak yang menerima hak milik. Surat ikatan juga mesti memperincikan harta yang dipindah milik dan menunjukkan niat untuk memindah milik. Surat ikatan ini hanya akan berkuat kuasa apabila ia dihantarkan kepada pihak yang menerima hak milik. | UMUM | |
SURAT KHABAR | Surat khabar ialah penerbitan yang dikhususkan terutamanya untuk melaporkan dan membuat ulasan sesuatu berita. Surat khabar ialah saluran yang terbaik untuk mengetahui peristiwa semasa. Surat khabar juga memainkan peranan penting dalam membentuk pendapat awam. | UMUM | |
SURAT KREDIT | Surat kredit dikeluarkan oleh sesebuah bank, mengizinkan seseorang individu, firma perniagaan atau pihak tertentu untuk mengeluarkan sejumlah wang yang dinyatakan atas nama bank berkenaan. Surat ini sering digunakan oleh syarikat-syarikat untuk membiayai pergerakan barangan antara negara-negara. Ia juga digunakan oleh para pengembara. | UMUM | |
SURAT KERTAS HIJAU | SURAT KERTAS HIJAU, kumpulan puisi Sitor Situmorang. Surat Kertas Hijau diterbitkan pada tahun 1953 oleh Pustaka Rakyat, Jakarta. Kumpulan puisi ini telah diulang cetak pada tahun 1978. Cetakan ketiga pada tahun 1985 telah diterbitkan oleh Penerbit Dian Rakyat. Surat Kertas Hijau merupakan kumpulan puisi Sitor Situmorang yang pertama terbit setelah dia merantau ke Eropah dari tahun 1950 hingga tahun 1952. | SASTERA | Karya |
SURAT KEW | SURAT KEW, satu dokumen perjanjian yang ditandatangani antara pihak kerajaan Britain dengan kerajaan buangan Belanda di Kew, London. Pada bulan Januari 1775, Perancis telah menyerang dan menawan negeri Belanda. Dengan itu Raja Belanda, Raja William V, telah melarikan diri ke England untuk mendapatkan perlindungan. Di England, dia menubuhkan sebuah kerajaan dalam buangan. Oleh sebab Belanda adalah sebuah kuasa Eropah yang memiliki banyak tanah jajahan di seberang laut, timbul persoalan siapakah yang harus menguasai milik Belanda tersebut. Raja Belanda dengan segera mengeluarkan arahan kepada gabenor-gabenor wilayahnya di seberang laut supaya menyerahkan pentadbiran mereka kepada British. Arahan inilah yang dikenal sebagai Surat Kew (Kew Letters). Surat Kew menegaskan bahawa semua wilayah jajahan Belanda di seberang laut hendaklah diambil alih oleh British dengan persefahaman bahawa semua ini akan dikembalikan kepada Belanda apabila perang menentang Perancis di Eropah tamat. Langkah ini terpaksa dilakukan oleh kerajaan Belanda untuk menghalang peluasan kuasa Perancis ke wilayah-wilayah jajahan Belanda di seberang laut. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
SURAT KEPERCAYAAN GELANGGANG | SURAT KEPERCAYAAN GELANGGANG, pernyataan sikap seniman dan budayawan Indonesia mewakili perkumpulan Gelanggang Seniman Merdeka, yang ditubuhkan di Jakarta pada 19 November 1946. Antara ahli Gelanggang Seniman Merdeka ialah Chairil Anwar, Asrul Sani, Rivai Apin, Sitor Situmorang, Pramoedya Ananta Toer, Mochtar Apin, Baharuddin M.S., Henk Ngatung, dan Basuki Resbowa. Nama Gelanggang diambil daripada nama rubrik kebudayaan majalah Siasat. Rubrik ini dikendalikan oleh Asrul Sani, Chairil Anwar dan Rivai Apin. | SASTERA | Karya |
|
Puisi |
---|
|
Air ini air minuman, Air letak dalam gelas; Surat ini surat kiriman, Harap juga abang balas.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 112 First catch your hare Jangan bertindak atau bersikap seolah-olah ada sesuatu yang dikehendaki itu sudah dimiliki walhal ia belum lagi menjadi kenyataan. Burung yang terbang dipipiskan lada Just because the big company has promises you the job, it does not mean that you can resign now and start spending money to celebrate the good news. First catch your hare . Wait until they give you an appointment letter. Hanya kerana syarikat besar itu telah menjanjikan awak pekerjaan, tidak bermakna awak boleh berhenti kerja sekarang, dan berbelanja besar untuk meraikan berita baik itu! Usahlah burung yang terbang dipipiskan lada. Tunggu sehingga mereka memberi awak surat pelantikan. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|