Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
OISTRAKH, DAVID | Oistrakh, David (19081974), pemain biola Ukraine yang terkenal. Dia terkenal kerana tekniknya yang sungguh hebat dan tonnya yang lantang. Penggubah Rusia yang terkenal seperti Sergei Prokofiev dan Dimitri Shostakovich mencipta muzik kamar dan konsert biola untuknya. Oistrakh juga merupakan pemimpin yang terkenal dan guru biola yang cemerlang. Salah seorang anak muridnya ialah anak lelakinya, Igor, yang menjadi pemain biola yang terkenal di seluruh dunia. | UMUM | |
ORPHEUS | Orpheus ialah ahli muzik dalam mitologi Yunani dan Rom. Muzik daripada suara dan lyre Orpheus sungguh merdu sehingga haiwan, pokok, dan batu mengekorinya, dan sungai berhenti mengalir untuk mendengarnya. Ibunya ialah dewi seni, Calliope, dan bapanya ialah sama ada manusia bernama Oeagrus atau dewa Apollo. | UMUM | |
RANCANGAN PERGUNUNGAN SNOWY | Rancangan Pergunungan Snowy ialah projek hidroelektrik dan pengairan yang sangat besar di tenggara Australia. Projek kejuruteraan ini sungguh besar sehinggakan Persatuan Jurutera Awam Amerika menggelarnya sebagai satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia Kejuruteraan. | UMUM | |
KELESUAN | Kelesuan ialah istilah lain bagi keletihan. Seseorang itu sering mengatakan bahawa dia berasa lesu apabila letih. Apabila seseorang itu bekerja kuat, bermain bersungguh-sungguh, kurang rehat atau kurang tidur, dia boleh berasa lesu. Dalam kes seperti itu, kelesuan adalah normal. Daripada pengalaman, adalah diketahui bahawa perasaan ini akan hilang selepas berehat. Tetapi kadangkala, kelesuan merupakan suatu gejala penyakit. Orang yang mengalami penyakit jasmani sering berasa lesu walaupun hanya selepas membuat kerja ringan atau menggunakan sedikit tenaga. Orang seperti ini memerlukan rehat yang banyak, sering kali jauh lebih banyak daripada yang diperlukan sekiranya mereka sihat. Doktor mendapati bahawa kelesuan sering berlaku jika seseorang itu menghidap banyak jenis penyakit. | UMUM | |
MITCHISON, NAOMI | Mitchison, Naomi (18971999) ialah penulis British yang popular dengan beberapa novelnya yang menceritakan kisah purba Yunani dan Mesir. Novelnya terkenal kerana gaya penulisannya sungguh berkesan. Novelnya termasuklah When the Bough Breaks (1924), dan Black Sparta (1928). Karya popularnya yang lain termasuklah The Corn King and the Spring Queen (1931), sebuah karya fantasi sejarah. Karyanya yang terkemudian termasuklah Dont Look Back (1969), What Do You Think Yourself (1982), Not By Bread Alone (1983), dan Among You Taking Notes (1985). Nama sebenarnya ialah Naomi Margaret Haldane, dan lahir di Edinburgh, Scotland. Dia mendapat pendidikan di Oxford University. | UMUM | |
NOLAN, SIR SIDNEY | Nolan, Sir Sidney (19171992), pelukis terkemuka Australia, yang terkenal dengan siri lukisan pengawal hutan, Ned Kelly. Nolan memulakan lukisan tentang Kelly pada tahun 1940-an. Pelukis yang terdahulu mencuba tema ini, namun tiada satu pun yang berjaya. Nolan berjaya dengan cara yang sungguh menarik dan menakjubkan. | UMUM | |
RICHARDSON, SAMUEL | Richardson, Samuel (16891761), penulis Inggeris yang boleh dianggap sebagai salah seorang pengasas penulisan novel. Dia menghasilkan tiga buah novel: Pamela or Virtune Rewarded (1740), Clarissa; or the History of a Young Lady (17471748) dan Sir Charles Grandison (17531754). Karya-karya ini terlalu panjang untuk dibaca pada hari ini tetapi pengaruhnya sungguh kuat. | UMUM | |
TANGO | Tango ialah sejenis tarian Amerika Latin yang pertama menjadi popular di peringkat antarabangsa. Ia merupakan sejenis tarian berdansa berentak perlahan atau kali diaksenkan dengan cara yang tidak sama. Pasangan penari akan meluncur dengan perlahan dan lancar mengikut pelbagai langkah. Mereka bertukar rentak, dari langkah yang panjang dan perlahan ke langkah yang pendek dan cepat. Muzik yang digunakan untuk tarian ini dikenal sebagai tango dan sungguh dramatik. | UMUM | |
PERANG SIFFIN | Perang Siffin. Perang Siffin berlaku antara dua puak orang Islam akibat pembunuhan Khalifah Uthman ibn Affan. Perang ini berlaku selepas perang Jamal pada tahun 37 H./657 M. Antara sebab berlakunya perang ini ialah Sayidina Ali ibn Abu Talib melucutkan jawatan beberapa gabenor Mesir yang dilantik oleh Khalifah Uthman ibn Affan berdasarkan aduan penduduk Mesir. Antara mereka yang dipecat ialah Muawiyah ibn Abi Sufyan yang merupakan orang yang bersungguh-sungguh menuntut bela atas pembunuhan Khalifah Uthman. Setelah Muawiyah tetap dengan penentangannya terhadap Ali, dia berazam untuk memeranginya. Tentera kedua-dua belah pihak bertemu di Siffin, lalu berlakulah peperangan selama beberapa hari. | UMUM | |
PERANG KRIMEA | Perang Krimea (18531856) ialah perang antara tentera Rusia dengan tentera Berikat dari Perancis, Empayar Uthmaniyyah (kini Turki), SardiniaPiedmont, dan United Kingdom. Nama perang ini berasal daripada Semenanjung Krimea, sebuah kawasan yang kini terletak di Ukraine, tempat kebanyakan perang itu berlaku (lihat Krimea ). Perang bermula daripada pertelingkahan tentang status Gereja Ortodoks Kristian dalam Empayar Islam Uthmaniyyah. Bagaimanapun, sebab-sebab jangka panjangnya adalah lebih kompleks. Austria, Perancis dan United Kingdom mula gusar terhadap cita-cita Rusia di rantau Balkan, dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menghalang dasar peluasan kuasa Rusia di rantau itu. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata sungguh-sungguh |
|
Puisi |
---|
|
Ogah-ogah di dalam bandul, Batang kelapa dalam padinya; Sungguh-sungguh tiada padul, Manakan lupa dalam hatinya.
Lihat selanjutnya... |
|