Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PEJABAT KARANG MENGARANG | Institusi yang banyak memberikan sumbangan terhadap perkembangan pelajaran persekolahan Melayu. | SASTERA | Institusi/Organisasi |
GALILEI, GALILEO | Ahli sains Itali yang telah memberikan sumbangan besar dalam bidang astronomi dan fizik. | FIZIK | Tokoh |
LUDWIG, HERMANN | Ahli sains dan ahli falsafah Jerman yang banyak memberi sumbangan dalam bidang fisiologi, optik, akustik dan elektrodinamik pada abad ke-19. | FIZIK | Tokoh |
LI SIGUANG | Li Siguang (18891971), ahli geologi China. Dia memberi sumbangan penting kepada sains palaeontologi (kajian tentang fosil), glasiologi (kajian tentang glasier), dan seismologi (kajian tentang gempa bumi). Li Siguang mengasaskan disiplin ilmu baharu iaitu mekanik geologi. Disiplin ini ialah cabang ilmu geologi, yang membincangkan aspek tegasan dan terikan. Teorinya tentang geomekanik memainkan peranan penting dalam penemuan beberapa telaga minyak yang besar di China. Karya utamanya termasuk Quartenary Glaciation in the Lushan Area , Central China (1947), dan Introduction to Geomechanics (1962). | UMUM | |
MONTFORT, SIMON DE | Montfort, Simon de (1208?1265), negarawan dan askar Inggeris, yang memberi sumbangan kepada perkembangan kerajaan berparlimen di England. Dia dikenal sebagai Bapa Dewan Rakyat. Tetapi usahanya lebih kepada memperkukuh sistem Parlimen yang sudah sedia ada. Montfort ialah kesayangan Raja Henry III, tetapi tidak kekal kerana kesungguhannya untuk melaksanakan pembaharuan politik. Henry III mahu memerintah ikut sesuka hatinya, dan ini menyebabkan Montfort mengetuai satu pemberontakan untuk mengehadkan kuasa raja mengikut undang-undang. Henry dan anaknya (kemudian Edward I) mengangkat senjata untuk menentang, tetapi Montfort menangkap kedua-duanya di pertempuran Lewes pada tahun 1264. | UMUM | |
NICHOLSON, BEN | Nicholson, Ben (18941982), pelukis Inggeris yang dikenali kerana lukisan abstraknya. Sumbangan artistik Nicholson yang paling bernilai ialah ukir timbul ( relief ), gambar abstrak tiga dimensi yang dihasilkan dengan menggunting, mengukir, dan melukis papan kertas yang rata. | UMUM | |
HADIAH NOBEL | Hadiah Nobel dianugerahkan setiap tahun kepada orang ramai, yang telah membuat sumbangan yang berharga terhadap kebaikan manusia tanpa mengambil kira kerakyatan. | UMUM | |
THORNDIKE, EDWARD LEE | Thorndike, Edward Lee (18741949) ialah ahli psikologi pendidikan Amerika yang memberikan sumbangan yang besar dalam kajian pembelajaran, pengajaran dan ujian mental. Thorndike mencipta kotak teka-teki untuk menyiasat bagaimana haiwan seperti anjing dan kucing menyelesaikan masalah. Daripada kajiannya, dia mendapati bahawa haiwan tersebut biasanya akan mengulangi pergerakan yang berjaya sahaja. Cara ini membolehkan haiwan berkenaan mencapai penyelesaian akhir dengan cepat. | UMUM | |
MUHAMMAD GHAZALI SHAFIE, TAN SRI | Muhammad Ghazali Shafie, Tan Sri (1922 ), tokoh politik Malaysia. Dia memberi sumbangan yang besar dalam sejarah politik negara terutamanya di sebalik tabir penubuhan negara Malaysia pada tahun 1963. | UMUM | |
PASTEUR, LOUIS | Pasteur, Louis (18221895), ahli sains Perancis, memberi sumbangan yang besar kepada ilmu kimia, perubatan, dan industri yang memberi banyak manfaat kepada manusia. Penemuannya bahawa penyakit disebarkan oleh bakteria telah menyelamatkan nyawa yang tidak terbilang banyaknya. Pasteur merupakan ahli sains teori yang agung dan yang menerapkan penemuan asasnya kepada masalah praktik yang penting baik dalam bidang industri mahupun dalam bidang perubatan. | UMUM | |
|
|