Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ROSMINI SHAARI | ROSMINI SHAARI (1944- ), penulis. Dia lahir pada 3 April 1944 di Kulim, Kedah. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Sultanah Asma dan Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya (1963-1966). | SASTERA | Tokoh |
ZAKIAH HANUM HAJI ABDUL HAMID, DATO' | ZAKIAH HANUM HAJI ABDUL HAMID, Dato (1937- ), Ketua Pengarah Arkib Negara yang pertama. Dia lahir pada 15 September 1937 di Alor Setar, Kedah. Dia mendapat pendidikan di Kampung Baru Girls School, Alor Setar, Sekolah Sultanah Asma, Alor Setar (1947-1955) dan Methodist Boys School, Pulau Pinang (1956-1957). Zakiah Hanum berkelulusan Pengajian Melayu dari Universiti Malaya Singapura dan Kuala Lumpur. Dia juga merupakan salah seorang daripada beberapa anak Melayu yang berjaya ke universiti pada waktu itu. | BUDAYA | Tokoh |
PERSEKUTUAN PERSETIAAN MELAYU KELANTAN | PERSEKUTUAN PERSETIAAN MELAYU KELANTAN, pertubuhan orang Melayu Kelantan yang memperjuangkan hak orang Melayu. Pertubuhan ini telah dikenal sebagai Persetiaan Melayu dan ditubuhkan pada 9 Februari 1940. Ibu pejabat pertubuhan ini terletak di Opis Panjang, Jalan Sultanah Zainab, Kota Baharu. Keahliannya dibuka kepada anak Melayu jati Kelantan sahaja. Presidennya yang pertama ialah Tengku Mahmud bin Muhammad. Pertubuhan ini diasaskan bersama-sama 34 orang ahli yang diberi taraf sebagai jawatankuasa kehormat (walaupun tidak memegang sebarang jawatan) dan keahlian mereka adalah seumur hidup. Persetiaan Melayu mempunyai cawangan di setiap jajahan di Kelantan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
SITI HAWA HAJI SALLEH | SITI HAWA HAJI SALLEH (1940- ), penyelidik kesusasteraan Melayu klasik. Dia lahir pada 1 Mei 1940 di Alor Setar, Kedah. Setelah mendapat pendidikan di Sultanah Asma School dan Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar, dia meneruskan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang pengajian Melayu (1961-1963). Dia mendapat ijazah sarjana dari universiti yang sama pada tahun 1966 dengan disertasi bertajuk Hikayat Merong Mahawangsa: Suatu Kajian Teks. Pada tahun 1971 hingga tahun 1995, dia berkhidmat di Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (IBKKM), Universiti Kebangsaan Malaysia. Dia memperoleh ijazah Doktor Falsafah dari UKM pada tahun 1994. Pada tahun yang sama, Siti Hawa dilantik sebagai profesor Kesusasteraan Melayu Tradisional di Jabatan Persuratan Melayu, UKM. Setelah bersara wajib pada tahun 1995, dia meneruskan tugas di tempat yang sama sebagai profesor kontrak. | SASTERA | Tokoh |
ZURINAH HASSAN | ZURINAH HASSAN (1949- ), penyair. Dia lahir pada 13 Jun 1949 di Bakar Bata, Alor Setar, Kedah. Dia pernah menggunakan nama pena Haniruz. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Tikam Batu, Sungai Petani. Kemudian, dia melanjutkan pelajaran di Sekolah Inggeris hingga lulus Malaysia Certificate of Education (MCE). Sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia (1971-1974), dia mendapat pendidikan menengah atas di Sekolah menengah Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah hingga lulus Sijil Tinggi Persekolahan pada tahun 1970. Dia pernah bertugas di Jabatan Penerangan Malaysia. Pada bulan Jun 1996, dia bersara daripada jawatannya untuk menumpukan perhatian kepada bidang penulisan. | SASTERA | Tokoh |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata sultanah |
|
|