Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MISTERI | Misteri ialah upacara secara sulit yang diadakan dalam upacara keagamaan. Ia hanya boleh disertai atau disaksikan oleh ahli atau orang yang ingin menyertai kumpulan yang mengamalkannya. Misteri telah menjadi sebahagian daripada kebanyakan agama. Misteri pada zaman awal begitu dirahsiakan sehingga pengetahuan tentangnya adalah tidak lengkap. | UMUM | |
MAU MAU | Mau Mau ialah gerakan sulit yang melibatkan rakyat Afrika yang mahu menamatkan penaklukan British di Kenya. | UMUM | |
DAKWAT LIMUNAN | Dakwat limunan ialah sejenis cecair yang digunakan untuk tujuan komunikasi sulit. Tulisan limunan dibentuk dengan menggunakan haba atau bahan kimia. Susu, dadih susu, larutan gula, atau sebarang jus sayur-sayuran yang tidak berwarna boleh dijadikan dakwat limunan. Cecair-cecair ini berwarna coklat apabila didedahkan kepada haba yang sederhana kuatnya agar tidak merosakkan kertas. | UMUM | |
MELBOURNE, VISCOUNT | Melbourne, Viscount (17791848), William Lamb, ialah Perdana Menteri United Kingdom (UK) semasa Ratu Victoria menaiki takhta pada tahun 1837. Dia menjadi penasihat sulit ratu yang muda itu dan mengajarnya tentang politik British serta perlembagaan. Latihannya itu banyak menolong membentuk watak Victoria sebagai ratu. | UMUM | |
SABERKAS | SABERKAS, syarikat kerjasama. SABERKAS ialah singkatan Syarikat Bekerjasama Am Saiburi. Saibudri adalah nama lain bagi Kedah pada masa pemerintahan Siam. SABERKAS mula bergerak secara sulit sejak akhir tahun 1945, di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu. Perjumpaan pertama untuk menubuhkannya diadakan secara sulit di sebuah rumah, di Jalan Raja, Alor Setar. Tuanku Abdul Rahman Putra telah dipelawa untuk memimpin syarikat ini. Siam dan Jepun meluluskan pendaftaran syarikat ini pada 21 Julai 1945. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
RUKUN TIGA BELAS | RUKUN TIGA BELAS, kumpulan sulit yang ditubuhkan oleh 13 orang pemimpin Persatuan Pemuda Melayu (PPM) untuk menentang penyerahan Sarawak kepada British. Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1948. Pada tahun 1946, Gerakan Antipenyerahan Sarawak kepada British muncul apabila Raja Vyner Brooke membuat keputusan untuk menyerahkan Sarawak sebagai sebuah jajahan mahkota kepada kerajaan British. Pada mulanya gerakan ini disokong oleh orang Melayu dan Iban secara perlembagaan. Namun semua usaha mereka gagal kerana sikap kerajaan British yang mengabaikan kepentingan gerakan tersebut. Golongan elit pula berpendapat bahawa cara tindakan secara berperlembagaan tidak akan membawa apa-apa kejayaan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
ILMU HITAM | ILMU HITAM, kuasa alam dalam masyarakat Melayu tradisional. Kuasa ini digunakan untuk melakukan sesuatu yang jahat. Penguasaan ilmu ini disebarkan secara sulit. Hanya bomoh atau pawang yang mahir tentang ilmu hitam ini dianggap pakar atau orang yang berkebolehan, tetapi mereka ini dipandang rendah oleh masyarakat. | BUDAYA | Konsep |
DATUK SUTAN MAHARADJA | DATUK SUTAN MAHARADJA (1860 -1921), pelopor persuratkhabaran Melayu di Sumatera, Indonesia. Dia lahir di Sulit Air, Sumatera, Indonesia. Dia bersekolah Eropah di Kota Padang pada tahun 1873. Meskipun tidak tamat, dia belajar hukum daripada seorang jaksa dan peguam. Pada tahun 1882, Datuk Sutan Maharadja dilantik sebagai pembantu jaksa di Indrapura dan sebagai jaksa di Padang dan Pariaman, hingga tahun 1891. Dia bekerja sebagai wartawan Palita Ketjil, akhbar Melayu yang tertua di Sumatera (pertama terbit awal 1880-an). Melalui Palita Ketjil, dia melawan pemikiran agama yang antitarekat dan adat matrilineal yang disuarakan oleh seorang ulama Minangkabau, Syekh Ahmad Chatib. Pada tahun 1895, dia bekerja dengan Warta Berita, dan pada tahun 1904, dia bekerja dengan Tjaja Soematera. Melalui akhbar ini, dia melancarkan revolusi adat demokratis melawan keabsahan kedudukan Tuanku Panglima Regen, penguasa peribumi tertinggi dan bangsawan Padang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SEWAR | SEWAR, senjata pendek yang berasal dari Sumatera, Indonesia dan digunakan dalam upacara istiadat. Senjata ini juga dijadikan sebagai senjata sulit kerana senang disorokkan di dalam gulungan kain sarung yang dipakai atau disisipkan di dalam gulungan kain dan tidak mudah kelihatan sama ada dari jauh ataupun dekat. | BUDAYA | Alat/Alatan |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata sulit; |
|
|