Safron ialah pewarna kuning terang dan perisa makanan. Ia dihasilkan dengan mengeringkan stigma dan sebahagian daripada stail krokus ungu musim luruh yang dikenali secara saintifik sebagai Crocus Satirus (lihat Krokus ). (Stigma dan stail adalah bahagian bunga yang mengandungi biji). Lebih kurang 4000 bunga menghasilkan kira-kira 28 gram safron komersial. Safron mempunyai bau yang harum, tetapi rasa yang pahit. Ia digunakan dalam masakan dan untuk memperisa dan mewarnakan gula-gula. Penduduk di Eropah dan India menggunakannya untuk memperasa pelbagai makanan. |