Zaydiyyah adalah sebuah jemaah Islam yang mengambil sempena nama Zayd ibn Ali ibn al- Husayn (79122 H/698740 M). Golongan ini bersependapat dengan golongan Ithna Asyariyyah (golongan syiah Imamiyyah) dalam soal bilangan aturan imam besar mereka sehingga kepada Imam Zayd ibn Zayn al-Abidin. Walau bagaimanapun, mereka berpendapat bahawa Imam Zayd adalah lebih layak menjadi imam berbanding Muhammad al-Baqir. Kedua-dua golongan ini juga tidak sehaluan dalam kefahaman terhadap konsep Imam (pemimpin negara) dan tugasnya. |