Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SAINS POLITIK | Sains politik ialah kajian sistematik tentang kehidupan politik. Ahli sains politik mencari jawapan kepada soalan seperti Atas dasar apakah yang mewajarkan tindakan kerajaan? dan Untuk kepentingan siapakah kerajaan bertindak? Mereka mengkaji pelbagai bentuk kerajaan dan juga parti politik, kumpulan yang mempengaruhi kerajaan, pilihan raya, hubungan antarabangsa, dan perkhidmatan awam. Kesemua ini adalah aktiviti individu dan kumpulan yang melibatkan hubungan asas manusia. Sains politik adalah berhubung dengan nilai asas, seperti kesamaan, kebebasan, keadilan, dan kuasa. | UMUM | |
SIMPAN KIRA | Simpan kira ialah proses sistematik untuk menganalisis, merekod, dan meringkaskan urus niaga ekonomi bagi perniagaan atau organisasi lain selama tempoh yang tertentu. Organisasi dan individu menggunakan simpan kira kerana ia memberi maklumat yang teratur dan tepat tentang urus niaga kewangan. Ia memberi gambaran tentang kedudukan kewangan, dan merekod perubahan keuntungan atau kerugian yang berlaku. | UMUM | |
MANU | Manu menurut mitologi Hindu, ialah orang yang memberi panduan yang sistematik terhadap hukum agama dan sosial Hinduisme. | UMUM | |
RAY, JOHN | Ray, John (16271705), ahli alamiah Inggeris, yang dianggap sebagai pengasas zoologi sistematik. | UMUM | |
MOSELEY, HENRY GWYN-JEFFREYS | Moseley, Henry Gwyn-Jeffreys (18871915), ahli fizik yang terkenal dengan kajiannya tentang sinar-x. Pada sekitar tahun 1913, dia menemui hubungan yang sistematik antara spektrum sinar-x dan nombor atom bagi unsur yang memancarkan sinar-x tersebut. Penemuan ini membolehkan ahli sains menentukan nombor atom bagi elemen yang tidak diketahui dan menyusun unsur tersebut di tempat yang betul di dalam jadual berkala (lihat Unsur kimia). | UMUM | |
SEKOLAH GAYA POS | Sekolah gaya pos ialah institusi pendidikan yang mengajar melalui surat-menyurat antara guru dengan pelajar. Sekolah gaya pos ditujukan kepada mereka yang berhasrat untuk mempelajari sesuatu subjek secara sistematik, umumnya untuk tujuan mendapatkan kelayakan profesional atau teknikal. Mereka mungkin tidak berupaya datang sendiri ke kelas disebabkan mereka cacat, atau kerana mereka tinggal terlalu jauh, atau kerana mereka bekerja pada waktu siang. Dengan mengambil kursus gaya pos, pelajar boleh membuat kerja pada bila-bila masa dan di mana- mana tempat. Namun demikian, sekolah gaya pos mempunyai keburukan kerana perhubungan peribadi tidak wujud antara guru dengan pelajar. | UMUM | |
PERANG CROFTER | Perang Crofter ialah satu siri rusuhan petani di Scotland dari tahun 1882 hingga tahun 1888. Ramai penduduk di Tanah Tinggi Scotland yang tinggal di situ pada tahun-tahun sebelumnya telah diusir secara sistematik daripada kawasan tanah tengah oleh tuan tanah yang mahu memperkenalkan penternakan biri-biri ke kawasan itu. Mereka yang diusir telah membuka petempatan di bidang tanah yang dikenali sebagai croft. Banyak tanah croft ini terletak di pulau dan ada yang masih wujud hingga kini. Kemudian, tuan tanah mengambil lebih banyak tanah ladang untuk tujuan memburu rusa, dan menembak burung dan menghalau penyewa lain dengan mengenakan tunggakan sewa. Tindakan ini ditentang oleh penyewa tersebut. | UMUM | |
BRAHE, TYCHO | Brahe, Tycho (15461601) ialah ahli astronomi Denmark. Brahe telah mereka satu pendekatan sistematik bagi mencerap planet dan bintang. | UMUM | |
SAINT-SIMON, COMTE DE | Saint-Simon, Comte de (17601825) ialah pengasas sosialisme Perancis. Cita-citanya ialah menjadikan kemanusiaan yang lebih baik. Dia berhasrat melahirkan sebuah masyarakat baru yang semua orang bekerja dan akan menerima ganjaran setimpal dengan tenaganya. Tiada siapa dibenarkan mewarisi kekayaan dan semua individu akan memulakan kehidupannya atas dasar sama rata. Saint-Simon mahu menyandarkan teori sosialnya itu pada bukti saintifik, tetapi kesimpulan yang dibuatnya tidak sistematik. | UMUM | |
MENDELEEV, DMITRI IVANOVICH | Mendeleev, Dmitri Ivanovich (18341907) ialah ahli kimia Rusia yang mencipta suatu bentuk hukum berkala, iaitu prinsip asas dalam kimia. Hukumnya menyatakan bahawa sifat-sifat unsur kimia berulang mengikut pola yang tetap apabila unsur-unsur itu tersusun mengikut berat atomnya. Usaha Mendeleev, berserta usaha ahli kimia Jerman, Julius Lothar Meyer, melahirkan jadual berkala, iaitu susunan unsur secara sistematik (lihat Unsur kimia [Jadual berkala unsur]). | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata sistematik |
|
|