She-oak termasuk 70 spesies pokok renek dan pokok di kawasan Pasifik Barat, khususnya Australia. Ia berbeza-beza daripada pokok renek kerdil yang hanya satu meter tingginya, hingga kepada oak sungai, yang sehingga 30 meter tingginya. Peneroka awal menggunakan kayu she-oak sebagai sirap. She-oak tidak berkaitan dengan oak Eropah, tetapi kayu kedua-dua pokok ini adalah serupa. She-oak digunakan untuk pagar pokok dan tampan angin. Ia juga tahan terhadap air garam dan boleh ditanam di pantai. Pengelasan saintifik. She-oak tergolong dalam famili Casuarinaceae dan genus Casuarina. |