Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SINAR GAMA | Sinar gama ialah satu bentuk sinaran elektromagnet yang sama dengan sinar-x. Sinar gama mempunyai tenaga yang lebih tinggi dan jarak gelombang yang lebih pendek daripada sinar-x. Walau bagaimanapun, garis pemisah antara kedua-dua bentuk sinaran ini tidak tertakrif dengan jelas. Ahli sains biasanya menggunakan istilah sinar gama bagi sinaran elektromagnet yang mempunyai tenaga beberapa ratus ribu elektronvolt. Satu elektronvolt ialah amaun tenaga yang diperlukan untuk menggerakkan elektron di antara dua titik beza keupayaan 1 volt (lihat Volt). | UMUM | |
SINAR INFRAMERAH | Sinar inframerah, sering dinamakan sinar haba, menyerupai sinar cahaya, tetapi ia tidak dapat dilihat oleh mata kita. Sinar ini adalah suatu bentuk sinaran elektromagnet dan berkelakuan seperti sinar cahaya dari segi pemantulan dan pembiasan (lihat Cahaya [Pemantulan; Pembiasan]). | UMUM | |
SINAR-X | Sinar-x ialah satu daripada bentuk tenaga yang paling berguna. Sinar ini ditemui pada tahun 1895 oleh Wilhelm K. Roentgen, seorang ahli fizik Jerman. Roentgen menamakan sinar itu sinar-x kerana pada mulanya dia tidak faham apakah sinar itu. X ialah simbol sains untuk sesuatu yang tidak diketahui. | UMUM | |
SINAR ULTRAUNGU | Sinar ultraungu ialah bentuk cahaya yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar, yang terletak betul-betul melepasi penghujung warna ungu kebiruan dalam spektrum cahaya tampak. Matahari ialah sumber semula jadi utama sinar ultraungu. Kilat, atau sebarang percikan elektrik yang lain di udara juga mengeluarkan sinar ultraungu. Sinar ini boleh dihasilkan secara tiruan dengan melalukan arus elektrik melalui satu gas atau wap seperti wap merkuri. Sinar ultraungu boleh menyebabkan selaran matahari. Pendedahan yang berlebihan terhadap sinar ini boleh menyebabkan kanser kulit. Sinar ultraungu juga memusnahkan organisma yang berbahaya dan mempunyai manfaat yang lain. | UMUM | |
SINAR KOSMIK | Sinar kosmik ialah zarah bertenaga tinggi yang berasal dari angkasa lepas. Ahli sains berpendapat sinar ini memenuhi Bima Sakti dan juga galaksi lain. Sinar kosmik terdiri daripada zarah subatom yang membawa satu cas elektrik, seperti proton, elektron, dan nukleus atom. Di angkasa lepas, sinar ini bergerak pada kelajuan yang hampir sama dengan kelajuan cahaya, iaitu 299 792 kilometer per saat. | UMUM | |
SINAR KATOD | Sinar katod ialah nama sinaran tak boleh nampak yang dipancarkan dari elektrod negatif (katod) tiub Crookes (lihat Tiub Crookes). Sinar ini boleh dihasilkan dengan menyambungkan elektrod kepada sumber voltan tinggi tenaga elektrik. Sinar katod menyebabkan pendarfluor berwarna hijau kekuningan terbentuk apabila terkena salutan pada kaca tiub. Biasanya, salutan ini adalah zink sulfida. Bayang-bayang yang jelas terhasil dalam pendarfluor di hujung tiub apabila plat logam diletakkan dalam laluan sinar ini. Tiub sinar katod digunakan dalam peti televisyen, paparan radar dan banyak alat saintifik. | UMUM | |
SINARAN | Sinaran ialah tenaga yang dibebaskan dalam bentuk gelombang atau zarah jirim yang kecil. Sinaran terdapat di seluruh alam semesta dan wujud dalam banyak bentuk. Kebanyakan orang pernah mendengar tentang sinar-x, sinar gama dan sinaran daripada reaktor nuklear. Jenis sinaran ini sering dianggap sebagai bahaya terhadap kesihatan, walaupun sinar-x dan sinar gama juga mempunyai kegunaan yang bernilai dalam perubatan. Tetapi, terdapat banyak bentuk sinaran yang lain. | UMUM | |
SUDUT | Sudut, dalam geometri satah, ialah rajah yang dibentuk oleh dua sinar yang mempunyai titik hujung yang sama. Satu sinar adalah sebahagian daripada satu garisan yang menganjur secara tidak pasti ke satu arah dari satu titik. Titik tempat sinar sesuatu sudut bertemu dinamakan bucu, dan kedua-dua sinar itu sendiri dikenali sebagai sisi. | UMUM | |
IKAN SINAR-X | Ikan sinar-x ialah ikan karnivor kecil yang hidup di bahagian muara Sungai Amazon, termasuk di perairan yang agak masin. | UMUM | Umum |
SIEGBAHN, KARL MANNE GEORG | Siegbahn, Karl Manne Georg (18861978) ialah ahli fizik Sweden yang menerima Hadiah Nobel tahun 1924 bagi bidang fizik kerana usahanya tentang sinar-x dan kaedah analisis yang dikenali sebagai spektroskopi sinar-x. Dia beralih daripada minatnya dalam elektrik dan kemagnetan kepada kajian tentang sinar-x pada tahun 1914. Dia mencipta spektograf sinar-x jenis baru dan tiub sinar-x yang bertambah baik. Dengan alat yang lebih tepat ini, dia dapat mengukur dengan lebih jitu daripada sebelumnya. Dia juga menyelidiki struktur dalaman atom melalui kajiannya tentang spektrum sinar-x. | UMUM | |
|
Puisi |
---|
|
Lang Buana mengait ciku, Gugur sebiji ke Majapahit; Hilang warna manikam biru, Terkena sinar intan yang baik.
Lihat selanjutnya... |
|