Sun Yat-sen (18661925), negarawan dan pemimpin revolusi China, berjuang untuk menubuhkan sebuah Republik China. Dia umumnya dikenali sebagai Bapa Revolusi. Sun terlalu idealistik untuk menjadi seorang pemimpin politik yang berkesan. Namun Tiga Prinsip Rakyat yang diketengahkannya (nasionalisme, demokrasi, dan sosialisme) menjadi panduan kepada Republik China, yang ditubuhkan pada tahun 1912. Sun lahir di daerah Zhongshan di Provinsi Guangdong. Ibu bapanya miskin. Dia belajar di sekolah mubaligh Kristian di Hong Kong dan Honolulu, dan menjadi seorang doktor. Dari tahun 1895 hingga tahun 1911, dia banyak mengembara di Amerika Syarikat, Jepun, dan Eropah untuk meraih simpati bagi prinsip republik, dan untuk mencari bantuan kewangan bagi pergerakan revolusinya menentang Dinasti Manchu. Dia dibantu oleh masyarakat China di seberang laut dan pesimpati Inggeris, Amerika dan Jepun. |