Sumpah bohong ialah jenayah apabila seseorang itu bersumpah atau mengaku untuk bercakap benar dalam mahkamah undang-undang atau dalam prosiding pentadbiran atau perundangan, tetapi kemudian secara sengaja berbohong. Di kebanyakan negara, berbohong dianggap sumpah bohong hanya apabila ia mempunyai kesan langsung terhadap sesuatu isu yang dihadapkan ke mahkamah, tribunal atau badan perundangan. Penyataan silap yang tidak disengajakan tidak dianggap sumpah bohong. |