Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SIASAT | SIASAT, majalah politik dan kebudayaan. Majalah ini diterbitkan oleh perusahaan Siasat dan dicetak oleh Percetakan Pemandangan. Majalah ini diasaskan oleh Rosihan Anwar dan Sudjatmoko pada 4 Januari 1947. Alamat redaksi ialah Jalan Pintu Air, No. 23, Jakarta, Indonesia. | SASTERA | Penerbitan |
KORONER | Koroner ialah pegawai yang membuat soal siasat terhadap sebarang kematian yang meragukan atau kematian mengejut yang tidak diketahui puncanya. | UMUM | |
AUTOPSI | Autopsi ialah pemeriksaan luaran dan dalaman ke atas mayat. Ia juga dikenali sebagai nekropsi dan pemeriksaan bedah siasat . | UMUM | |
SURAT KEPERCAYAAN GELANGGANG | SURAT KEPERCAYAAN GELANGGANG, pernyataan sikap seniman dan budayawan Indonesia mewakili perkumpulan Gelanggang Seniman Merdeka, yang ditubuhkan di Jakarta pada 19 November 1946. Antara ahli Gelanggang Seniman Merdeka ialah Chairil Anwar, Asrul Sani, Rivai Apin, Sitor Situmorang, Pramoedya Ananta Toer, Mochtar Apin, Baharuddin M.S., Henk Ngatung, dan Basuki Resbowa. Nama Gelanggang diambil daripada nama rubrik kebudayaan majalah Siasat. Rubrik ini dikendalikan oleh Asrul Sani, Chairil Anwar dan Rivai Apin. | SASTERA | Karya |
BOKOR HUTASUHUT | BOKOR HUTASUHUT (1934- ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 2 Jun 1934 di Balige, Sumatera Utara, Indonesia. Pendidikan terakhirnya di Sekolah Menengah Atas Medan pada tahun 1956 (tamat Kelas Dua). Dia pernah menjadi redaktur kebudayaan majalah Waktu dan Pelangi di Medan (1955-1962). Kemudian dia dilantik sebagai Setiausaha Yayasan Sastra (1963-1966). Ketika berlangsungnya Konperensi Kaeyawan Pengarang Se-Indonesia di Jakarta (1-7 Mac 1964), Bokor telah dilantik sebagai setiausaha agung. Bokor mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1950-an. Bagaiamapun, dia hanya produktif berkarya selama lebih kurang dua dekad sahaja iaitu hingga akhir tahun 1960-an atau awal tahun 1970-an. Karya-karyanya terutama cerpen sering tersiar dalam majalah Kisah, Mimbar, Indonesia, Konfontasi, Cerita, Siasat dan Sastra. Kumpulan cerpennya yang diterbitkan ialah Datang Malam (1963). Sedangkan novelnya pula ialah Penakluk Ujung Dunia (1964) dan Tanah Kesayangan (1965). Cerita bersirinya yang berjudul Pantai Barat menerima Hadiah Kedua majalah Sastra (1963) dan diterbitkan sebagai sebuah novel pada tahun 1988. | SASTERA | Tokoh |
|
|