Sungai Shannon ialah jalan air utama di Republik Ireland dan sungai yang terpanjang di Kepulauan British. Ia bermula dari pergunungan Cuilcagh di barat laut Ireland dan mengalir ke barat daya sepanjang 370 kilometer ke Lautan Atlantik (lihat Ireland [peta]). Tiga tasik utama iaitu Allen, Ree dan Derg terletak di sepanjang aliran sungai. Sungai Shannon semakin melebar di Limerick, kira-kira 110 kilometer dari muara. Pasang surut air laut berlaku di bahagian ini di mana terdapat pelabuhan di Limerick dan Foynes. Sungai ini menjadi jalan air utama untuk belayar sambil bersiar-siar. |